ADAKAH suratan atau kebetulan apabila lapan ekor kucing m4ti serentak?
Namun itulah yang berlaku di sebuah kawasan perumahan di Aliff Puteri, Damansara Aliff, Johor Bahru, baru-baru ini.
Perkara itu menjadi tular selepas seorang pelayar berkongsi tentang kejadian aneh lagi mencurigakan itu di laman Twit ter.
“Dua tahun Singaporean tak balik, elok semua kucing. Ada jiran yang terpaksa lepaskan kucing sebab tak mampu nak jaga masa PKP, jiran lain tolong bagi makan. Singaporean balik, habis m4ti semuanya diracvn,” demikian ciapan pelayar berkenaan.
Sehingga kini perkongsian berbentuk dakwaan tersebut meraih sehingga 12,800 retweet dan dibanjiri ratusan komen.
Salah seorang penduduk taman perumahan berkenaan yang mendedahkan, kejadian ‘mist3ri’ tersebut berlaku pada tidak lama dulu, iaitu lima hari selepas pembukaan sempadan Malaysia-Singapura.
“Ada seorang jiran kami yang diketahui memang tak suka dengan kucing sebab dia pelihara burung. Selama dua tahun dia tak ada, rumahnya dijaga oleh adiknya. Si suami rakyat Singapura manakala isterinya pula orang Malaysia.
Perkongsian yang tular di Twit ter, baru-baru ini.
“Dia baru saja balik rumahnya beberapa hari lalu. Mungkin ada perkara yang tak menyenangkannya, seperti kucing-kucing ini buang naj1s atau mengusik burungnya.
“Selepas dia pulang, tiba-tiba saja kucing-kucing terbiar ini m4ti dan anehnya, sampai enam ekor dalam sehari. Saya orang pertama terjumpa bangkai-bangkai kucing ini sebab memang rutin saya bagi makan kucing liar setiap pagi sebelum pergi kerja,” dakwa individu berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifli
Menurut Zulkifli lagi, situasi sama turut berlaku kepada jirannya yang lain.
Dua ekor kucing tanpa tuan ini turut menjadi mangsa akibat dir4cun. (Gambar sebelum kejadian)
“Bukan saya saja, jiran-jiran pun sayang kucing jalanan ini dan kami sama-sama beri makan. Terkejut apabila saya jumpa b4ngkai dua ekor. Kemudian pengawal kes3lamatan cakap dah tanam tiga ekor.
“Kemudian jiran lain pun beritahu kucing mereka m4ti. Padahal sehari sebelum kejadian, saya nampak kucing-kucing ini terlalu asyik makan di tempat sampah di depan rumah jiran berkenaan. Setakat ini semua sekali ada lapan ekor termasuk kucing l1ar dan kucing peliharaan m4ti keracvnan,” ujarnya.
Kali ini dia tak mengaku melakukannya dan cabar saya buat lap0ran p0lis.
Tambahnya, apa yang membuatkan dia mencurigai jiran tersebut adalah disebabkan ‘sejarah’ yang berlaku beberapa tahun lalu, melibatkan kucing peliharaannya sendiri.
“Dia pernah racvn kucing saya. Waktu itu kucing saya usik burungnya, dia datang rumah dan ‘serang saya’ dan kata one day you will know. Esoknya kucing saya lesu, berair mulut. Saya suspect diracvn, saya confront dan dia mengaku.
Jab4tan Perkhidmatan Vet3rinar hadir dan menggali semula untuk mengambil bangkai-bangkai kucing yang telah ditanam.
“Sebab itu apabila berlaku kes ini, saya petik kata-katanya dan confront dia. Saya kata ‘you benci kucing dan you buat macam di Singapore. Saya akan ambil tindakan’. Tapi kali ini dia tak mengaku buat dan cabar saya buat lap0ran p0lis,” dakwa lelaki berusia lingkungan 50an ini lagi.
Menurutnya sejak insiden tersebut, dia tidak membiarkan tujuh ekor kucing peliharaannya keluar rumah kerana bimbang menerima nasib yang sama.
Antara komen netizen yang turut mengecam tindakan individu yang menganiaya kucing-kucing di taman perumahan Zulkifli.
Tambah Zulkifli, buat masa ini pihaknya sudah membuat lap0ran kepada Jab4tan Perkhidmatan Vert3rinar dan menunggu siasatan pihak berkenaan.
“Manusia punya akal fikiran. Kalau tak suka, biarkan saja atau confront pemiliknya. Jangan sesekali an1aya, ia hanya makhluk menumpang.
“Saya sendiri sanggup bawa kucing terbiar ini untuk dimandulkan. Saya pernah bawa kucing orang pergi klinik. Saya tak minta balasan pun kerana memang seorang pencinta kucing. Tolonglah, jangan ani4ya haiwan,” katanya lagi.
Terima kasih!