Ehh Dia Yang Beria Nak Jaga Sekarang Kita Pulak? Dah terbalik Ke Macam Mana Ni..

Mesti korang tahu kan kerenah kucing? macam macam perangainya ada yang mencuit hati malah ada juga kadang-kadang bbuat kita rasa geram. Viral sebuah video seekor kucing yang mencuit hati para warganet oleh kerana telatahnya yang amat comel.

Menerusi ruangan aplikasi TikTok, beliau mengatakan pada mulanya dikurniakan anak dan kucing peliharaanynya yang beria sangat nak tolong jaga.

Belum cukup 2 bulan kucingnya sudah menjaga anaknya, namun haiwan kesayangan itu pula beranak. Amboi… makin meriahlah kan!

Apa yang lebih mencuit hati adalah dalam video tersebut amat jelas menunjukkan bagaimana telatah ibu kucing comel ini seperti meminta tuannya pula menjada anaknya.

Si bulus yang comel itu dilihat membawa anaknya dengan selamba untuk diletakkan di sisi anak tuannya pula diatas tilam dengan seloroh tuannya, kini dia pula disuruh menja si bulus itu.

Walau bagaimanapun ruangan komen riuh dengan terhibur kerana dapat melihat telatah ibu kucing yang comel itu bersama anak tuannya, mereka mengatakan ibu kucing itu ingin menjaga anaknya.

Ini kerana sifat yang dimiliki oleh ibu kucing yang ingin melindungi anak-anak.
“Memang kelakar tapi sebenarnya dari psychology sebenarnya ibu kucing tu nak jaga anak awak sekali.”

 

Post Berkaitan

Leave a Reply