Bayi dan kucing biasanya sering menjadi kawan baik di mana bayi selalunya pantang bila melihat kucing di hadapan mata mereka, pasti tidak duduk diam dibuatnya. Baru-baru ini pula, gelagat seorang bayi ini mencurl perhatian ramai apabila dia dilihat duduk dalam posisi yang pelik dan melucukan sehingga ditegur oleh ibunya.
Bila disi4sat, rupa-rupanya bayi itu telah terpengaruh dengan gaya kucing peliharaan mereka dan hanya ikut sahaja apa yang dilakukan oleh kucing tersebut. Video tersebut juga telah tular di media sosial apabila ia meraih sebanyak 4 juta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut terhibur melihatnya.
Di dalam video yang dikongsikan ini, bayi itu dilihat sedang bermain seorang diri namun ada sesuatu yang menarik perhatian ibunya. Iaitu posisi bayi tersebut yang duduk seolah-olah seperti ahli gimnastik.
Ibu kepada bayi tersebut turut menegur bayi itu dan bertanyakan dari mana dia belajar untuk duduk dalam posisi begitu. Tidak lama kemudian, dia kongsikan gelagat seekor kucing yang berada di hadapan bayi itu yang turut duduk dalam posisi yang sama.
VIDEO :
Malah kedua-dua bayi dan kucing itu duduk dalam posisi yang sama sekaligus membuatkan netizen berdekah bila melihatnya. Lebih mencuit hati, kucing berwarna oren itu turut memandang bayi itu bermain sambil mengekalkan kedudukannya itu.
Pada ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat hubungan antara bayi dan kucing itu. Ada juga netizen yang berseloroh mungkin juga kucing itu sedang mempengaruhi bayi itu untuk mengikuti apa yang dilakukannya.