Empat kanak-kanak ditemui dalam keadaan lapar serta disyaki kekurangan zat makanan di sebuah rumah pangsapuri kotor di Kazakhstan baru-baru ini, lapor Daily Star.
Menurut laporan, kanak-kanak itu terdiri daripada usia tujuh, lima, empat dan tiga tahun. Keempat-empat mereka dilaporkan tidak boleh bercakap lancar dan berjalan dengan betul.
Difahamkan, pangsapuri di wilayah timur Kazakh Pavlodar yang menjadi tempat tinggal empat beradik itu dipenuhi sampah sarap dan lampin kotor.
Malah mereka juga dikatakan sudah tidak makan sekurang-kurangnya tiga hari, lapor berita tempatan Tengrinews menerusi Daily Star.
Lebih mengecewakan apabila salah seorang daripada kanak-kanak itu sudah mengalami kembung perut yang teruk kerana kekurangan zat makanan.
Kanak-kanak itu hanya berjaya diselamatkan selepas pihak sukarelawan tempatan menerima panggilan daripada jiran di sana.
“Terdapat satu panggilan daripada jiran mengenai pergaduhan yang berlaku dan dipercayai datang daripada unit rumah tersebut.
“Sebaik sahaja pihak polis tiba, rumah itu sudah berada dalam keadaan tenang, tetapi mereka menjumpai kanak-kanak kekurangan zat tinggal bersama-sama ibu bapanya tanpa keperluan hidup asas.
“Kami dimaklumkan mengenai perkara itu, dan kami segera mengumpulkan makanan, lampin, sabun dan beberapa barangan kebersihan lain,” jelas sukarelawan itu, Lyudmila Bylinina.
Rumah agak kotor & bern4jis
Menurut Lyudmila lagi, rumah yang kanak-kanak malang itu duduki tersebut juga dikatakan agak kotor, selain mereka sendiri dikelilingi n4jis, lalat dan bau h4ncing di merata tempat.
“Kanak-kanak itu berada dalam keadaan berb0gel dan kotor. Mereka tidak boleh berjalan dan ada kanak-kanak perempuan mengalami perut kembung.
“Seorang daripada kanak-kanak lelaki muntah selama lebih dua hari,” jelas Lyudmila.
Difahamkan, keluarga itu baru sahaja berpindah ke kawasan berkenaan kira-kira tiga tahun lalu dari sebuah perkampungan kecil.
Bagaimanapun sehingga kini, kanak-kanak berkenaan tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa dan mereka tidak pernah menerima sebarang rawatan perubatan di sana.
Kini, empat orang kanak-kanak itu bersama-sama ibu mereka yang berumur 27 tahun telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan.
Menurut doktor, kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu sahaja yang boleh bercakap.