Di dalam kehidupan ini, terdapat beberapa perkara yang dianggap sebagai seteru kuat dan tidak boleh bercampur atau berkawan. Dari aspek persepsi pula, setiap satu pihak juga mempunyai penyokong fanatik tersendiri yang tidak menyukai pihak lawannya itu.
Kucing dan anjing dikenal sebagai dua hewan yang kerap bermusuhan. Jika bertemu, tak jarang keduanya saling berkejaran.
Dalam perkongsian video yang telah dirakam, Beberapa org lelaki yang baik hati telah terjumpa seekor anak kucing yang nampak seperti terbiar tanpa ibu di tepai jalan dalam longgokan sampah. Berbekalkan hati naluri yang baik dan mahu menolong, mungkin hendak meletakkan anak kucing yang masih bayi ditempat yang lebih selamat, lelaki tersebut cuba mengambil anak kucing yang tidak bermaya itu.
Akan tetapi, belum sempat dia mengangkat anak kucing tersebut, seekor anjing garang telah mengejarnya. APA LAGI…lintang pukang lah mereka lari bertempiaran kerana tidak sangka anak kucing itu dijaga oleh anjing yang tiba2 muncul entah dari mana. Malang tak berbau. nak selamatkan anak kucing, sekali bapak anjing kejar. Mungkin anjing tu dalam protective mode kot nak jaga anak kucing tu.
Wah nampaknya anak kucing itu ada bodyguard. Mungkin anjing tersebut telah menjaga anak kucing tersebut sejak ank kucing itu terbiar. Anjing itu nampak seperti benar2 marah dan mengejar lelaki tersebut supaya menjauhi anak kucing.
Apa2 pun respect kepada kedua lelaki tersebut kerana mempunyai hati yang sangat baik dan mulia untuk menolong anak kucing tersebut.