Kisah ibu muda yang dikongsikan di laman Facebook Vitaminbae ini mendapat hampir 1,500 perkongsian.
Semalam tular gambar seorang ibu muda yang menjual air tebu di tengah panas ditemani bayinya yang baru berusia 3 bulan. Kisah ibu muda ini mendapat banyak perhatian daripada masyarakat sekitar Tawau, Sabah.
Cuba Nasib Jual Air Tebu Segar
Mereka akan menggiling tebu pada awal pagi untuk dijual pada tengah hari. Air tebu tersebut dibotolkan dan dijual dengan harga RM5 bagi sebotol bersaiz 1.5liter.
Menurut Vitaminbae, ibu muda ini baru sahaja mencuba nasib dengan menjual air tebu selama 3 hari. Air tebu yang dijual juga semuanya segar dan dibuat sendiri oleh dia dan suaminya.
Berikut perkongsian Vitaminbae :
Alkisahnya, perancangannya ingin mencari akak ni petang hari. Sekitar jam 2 kami melalui tempat ini, rezeki berjumpa dengan akak ni pada awal masa dia buka jualannya. Alhamdulillah.
“Semalam, ramai kawan² di Fb ni tag kami berkenaan seorang akak yang menjual air tebu di tepi jalan berhadapan SMK Kuhara Tawau. Terima kasih kami ucapkan kepada semua kawan² yang prihatin, jazakumullah kheir..
Alhamdulillah, dapat berkongsi sedikit rezeki kawan² semua dengan memborong semua air tebunya.
Luar biasa semangat akak ni. Dalam cuaca tengahari yang tidak menentu ditemani anaknya yang baru berusia 3 bulan, sang ibu tetap kuat berjuang menghabiskan jualannya. Subhanallah!
Yang saya terharu, bila akak ni kata rezeki ni dia nak bagi² dengan anak jirannya yang berusia 5 bulan, yg diuji dengan sakit lumpuh. Allahu akbar..
Moga ada masa nanti kita dapat berjumpa dengan anak yang dimaksudkan. Amin. Terima kasih.”
Kisah ibu muda ini juga telah dikongsikan di Facebook 8channel.
Alhamdulillah, jualan ibu ini mendapat sambutan orang ramai. Malahan ramai yang ingin memborong jualannya. Hebatnya semangat seorang ibu.
Semoga ramai yang terinspirasi dengan semangat ibu ini. Semoga urusan ibu ini dipermudahkan dan dimurahkan rezeki buat beliau dan keluarganya.
Sumber : RealMerah / FB Vitaminbae