Sedih Tapi Inspirasi Kisah Kegigihan Wanita Warga Emas 60an Pandu Grab, Demi Tanggung Keluarga, Suami Uzur dan Anak Oku

Kisah hidup wanita warga emas ini ternyata sungguh memeritkan dan menyedihkan namun ia bukan bermakna wanita tersebut perlu mengalah dan hanya berserah.

Misnah Chuminin, wanita berusia 60an yang masih lagi kuat untuk bekerja sebagai pemandu Grab demi meneruskan kelangsungan hidupnya.

Suami sudah uzur dah menghidap kanser usus, anak pula merupakan Orang Kelainan Upaya kini Misnah mengharapkan ‘gaji’ yang diperoleh sebagai pemandu grab untuk perbelanjaan seharian termasuk ubat-ubatan suami dan anaknya.

Subhanallah, dia antara wanita yang diuji. Tiap tutur bicaranya tenang dan tertib…

Coretan Labuan.
Pemandu grab wanita usia 60an. Suami uzur kanser usus dan glaukoma. Anak sulung OKU ( mental ). Subhanallah, dia antara wanita yang diuji. Tiap tutur bicaranya tenang dan tertib.

Kalau ada yang mungkin nanti naik keretanya, hulurkan seikhlas bantuan tanda ummah bersaudara ( walau dia tidak meminta)… Labuan

Posting yang dikongsikan menerusi page facebook Fedtri Yahya sehingga kini mendapat lebih 6 ribu shares sejak ia dimuatnaik pada 6 September lalu.

Malah anak saudara kepada wanita tersebut juga mengakui yang makciknya merupakan seorang wanita yang tabah dan cekal menyara keluarga meskipun di usia emas.

Terima kasih semua atas doa2 kalian.. Sya memang kenal dan rapat dgn beliau.. Beliau seorang ibu yang tabah dalam mengharungi kehidupan hariannya.. Beliau memang ibu yang penyabar.. Semoga Allah sentiasa melindungi & melimpahi rezeki kepada macik sya..

60 tahun umur berehat bersama keluarga tapi makcik masih gigih berusaha bekerja mencari rezeki halal…

Rata-rata netizen terkesan dengan kisah hidup wanita tersebut dan sudi menghulurkan sumbangan dan seikit bantuan bagi meringankan beban wanita itu. Malah mereka juga mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga

Sudah Baca Jangan Lupa Like & Share Yaa.. Terimakasih.

via: coretannasihat

Leave a Reply

Your email address will not be published.