Mula-mula bukan main semangat,.. Tiba-tiba Oyen dan Uteh tunjuk muka Cuak, Tak jadi nak gaduh…

Kucing merupakan haiwan territorial. Mereka ni tak suka kalau ada kucing lain yang datang menceroboh tempat mereka. Maka, kalau anda mahu tambah bilangan kucing anda di rumah, silalah perkenalkan mereka secara berperingkat. Bukan terus letak mereka macam tu je bersama-sama.

Biarkan mereka berkenalan dahulu dengan bantuan penghadang yang memisahkan mereka. Contoh macam dalam sangkar, carrier atau bilik yang berasingan. Kucing ada deria bau yang kuat, jadi mereka akan dapat hidu kehadiran kucing lain. Biarkan bau tu sebati.

Satu perkongsian video yang amat menarik hati daripada seorang pengguna fesbuk ini amat mencuri perhatian dan mencuit hati. Dalam video menunjukkan dua ekor kucing (Oyen & uteh) sedang mula untuk bergaduh tetapi tidak tahu apa punca. Mungkin bergaduh tempat atau faktor lain.

Masalah sekarang adalah tempat oyen dan Uteh bergaduh tu salah tempat. Bergaduh atas kereta bahagian enjin pun boleh ye. Siperakam yang mahu mula memandu pun serba salah nak leraikan pergaduhan Oyen dan Uteh. Last2 siperakam memandu sahaja terus dengan Keadaan Oyen dan Uteh yang masih mahu bergaduh dan berada diatas kereta yang berjalan.

Hah tahu cuak muka masing-masing. terus Oyen dan uteh tak jadi nak bergaduh. Nasib baik tak berlaku perang dua kedua diantara oyen dan uteh ni hahaha. Nampak betul-betul cuak muka dua-dua.

Siperakam akhirnya memberhentikan kereta untuk Oyen dan Uteh turun. Tak jadi mereka nak bergaduh dah tu. Di bawah adalah antara komen-komen menarik daripada para netizen. Moga Oyen dan Uteh selamat pulang ke rumah. Lagipun siperakam memandu belum jauh dari tempat mula-mula dia memandu tadi. Video hanya sekadar hiburan.

Post Berkaitan

Leave a Reply