Ini cara buat Aiskrim Asam Boi jimat dan amat sedap. Paling best buat bagi ais dia berais halus.

Musim sekarang ini tidak menentu kan? Tapi sejak kebelakangan ini, cuaca bertambah panas pula. Bila dah panas, tekak ni sudah pasti mencari air sejuk sahaja.

Jom Admin kongsikan satu hidangan yang boleh sejukkan tekak anda iaitu Aiskrim Asam Boi Limau Kasturi ini. Tak susah, mudah je sebab ini cara Aiskrim Malaysia 20 sen je. Jom cuba!

Terima kasih Ida Alina Salleh untuk perkongsian resipi Aiskrim Asam Boi Limau Kasturi ini

Cara Buat Aiskrim Asam Boi Yang Sedap

Bahan-Bahan:

2 cawan gula (boleh kurangkan sedikit jumlahnya)
2 liter air
2 sudu makan tepung jagung (campur dengan sedikit air dari sukatan 2 liter)
3 – 4 sudu makan kordial asam masin Double Lion
24-30 biji asam boi
4-5 biji limau kasturi
Sedikit garam
Plastik aiskrim secukupnya

 

Cara-Caranya:

1. Masukkan air, air campuran tepung jagung, gula dan asam boi ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.

2. Masukkan kordial. Rasa terlebih dahulu dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam. Kacau sebati dan sejukkan.

3. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau Kasturi ke dalam bancuhan air asam boi tadi. Kacau.

4. Tapiskan air dan ketepikan asam boi.

5. Masukkan asam boi ke dalam plastik. Jumlahnya dalam 1 biji untuk satu plastik aiskrim.

6. Letak air asam boi. Ikat ketat dan bekukan semalaman sebelum dinikmati.

Post Berkaitan

Leave a Reply