Inilah 6 Doa Ketika Rindu Seseorang Dalam Islam, Tak Perlu Menangis Siang Malam. | Ketika kita bersendirian adakalanya akan terasa kerinduan kepada seseorang, tidak kira sama ada insan tersebut berada jauh ataupun dekat sahaja dengan kita.
Kerinduan ini sebenarnya tidak ada salahnya nak pula untuk mereka yang kita sayangi dan jatuhnya rindu itu pada seseorang yang halal untuk kita contohnya kerinduan pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan.
Setiap manusia pasti pernah merasakan rindu. Perasaan ini muncul tatkala kita berada di posisi yang jauh dari orang tersayang. Entah itu isteri, suami, orang tua, saudara, teman, atau kekasih hati.
Sedangkan untuk orang-orang yang beriman, rasa rindu terbesar pastinya akan hadir untuk bertemu Allah Ta’ala dan Baginda Rasul Muhammad SAW. Rindu dalam islam adalah sesuatu yang fitrah. Tidak berdosa apabila seseorang merasakan rindu di dalam hatinya. Namun rindu juga harus disikapi dengan cara-cara yang benar.
Doa ketika Rindu Seseorang
Ketika perasaan rindu sudah sangat bergelora dan tak terbendung, janganlah kita menuruti bisikan-bisikan syaitan untuk menuruti hawa nafsu. Perasaan rindu bergelora ini biasanya berlaku pada pasangan yang sedang bercinta, jika tidak dikawal dengan cara yang betul boleh menjerumuskan kepada dosa.
Jika rindu itu hadir untuk sang pujaan hati, maka selipkanlah doa di tiap selesai solat, di sepertiga malam terakhir, serta waktu dipertengahan iqomah dan azan. Janganlah kita membiarkan perasaan rindu itu tidak terkawal ianya mungkin boleh menjadi ke arah rasa cemburu dan bersangka buruk kepada pasangan.
InsyaAllah doa-doa tersebut akan dimustajabah oleh Yang Maha Kuasa. Nah, berikut ini beberapa doa ketika rindu seseorang berdasarkan dalil-dalil islam.
Surah Thahaa ayat 39
Selain surat yusuf diatas, doa lanjutan untuk ubat rindu kepada seseorang iaitu membaca surah thaahaa ayat 39. Apabila seseorang berdoa dengan surat yusuf dan surat thaahaa dengan perasaan ikhlas setiap selesai solat maka diyakini rasa rindunya akan terubati dengan cara yang benar. Namun demikian tidak ada hadis yang menjelaskan akan keabsahan surat thaahaa untuk dijadikan wirid sebagai doa ketika rindu seseorang.
“Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii”
Ertinya: Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku.”(Qs thaahaa:39)
Surah Al Fatihah
Doa yang sering kita baca setiap solat fardhu ini ternyata memiliki keistimewaan sangat besar. Al fatihah tidak sekadar menjadi surat pembuka dalam Al-Quran, namun bacaan Al fatihah juga boleh membantu memperluaskan rezeki, mengubati penyakit, menjauhkan diri dari was-was atau sifat pelupa, serta sebagai ubat kerinduan terhadap seseorang.
Surat Al-Baqarah ayat 165
Beberapa orang juga percaya bahwa potongan ayat surat Al-Baqarah ayat 165 juga boleh menjadi doa dikala perasaan rindu. Namun demikian, tidak ada dalil ataupun hadis yang sahih yang menjelaskan akan hal tersebut-bahawa ayat ini dapat menyampaikan rasa rindu untuk seseorang yang dicintai.
Surah Ali-Imran ayat 14
Umumnya masyarakat menggabungkan potongan surat Al-Baqarah ayat 165 diatas dengan surat Ali-Imran ayat 14 sebagai wirid doa ketika rindu agar dirindukan oleh orang yang kita juga rindukan. Namun sekali lagi, tidak ada hadis atau ayat yang memperkuat pendapat tersebut.
Doa ketika rindu orang tua
Perasaan rindu tentunya tidak hanya ditujukan untuk kekasih hati atau pasangan hidup saja. Terkadang rasa rindu juga muncul ketika kita berada jauh dari orang tua. Selain menelefon atau mungkin video call, kita juga boleh berdoa kepada Allah SWT untuk mewujudkan rasa rindu kita terhadap orang tua.
Sebenarnya kerinduan kepada orang tua ini bukan sahaja perlu ketika mereka masih hidup namun kerinduan apabila mereka sudah tiada lebih mendalam. Jadi ketika ibu bapa masih ada ini sentiasalah mengamalkan doa ketika rindu terhadap ibu bapa kita.
“Allahummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii shagiiraa.”
Ertinya: “Wahai Tuhanku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku (Ibu dan Bapakku), sayangilah mereka seperti mereka menyayangiku diwaktu kecil”.
Sebenarnya doa ini tidak hanya dibaca saat jauh dari orang tua saja. Sebaiknya baca doa tersebut setiap selesai solat sebagai bentuk kasih sayang kita kepada ayah dan ibu.