Isteri bimbang suami pergi kerja, takut dapat madu. Hina dia sampai suruh tukar. Ini yang dia buat kat perempuan tu.

“Asalkan Masyvk..” Diminta Tuk4r Kerja, Wanita Cantik Tak Kis4h Jadi ‘Mak Gvard’

Apabila memikirkan ada tanggungan yang perlu dijaga, soal memilih kerja perlu ditolak tepi asalkan dapat meneruskan kelangsungan hidup meskipun terdapat segelintir individu memandang rendah kononnya tidak sesuai dengan kelayakan.

Situasi seperti itu dihadapi oleh seorang wanita, Nurul Aisyah Imani apabila diminta untuk menukar pekerjaan yang lebih menjamin masa depan berbanding mencari rezeki sebagai pengawal keselamatan.

Menerusi aplikasi TikT0k, wanita berusia 23 tahun itu mempunyai sebab sendiri mengapa memilih kerjaya tersebut menerusi reaksi terhadap salah satu pertanyaan pengikutnya.

Ibu tunggal dua cahaya mata itu berkata, tidak salah sekiranya menyarungkan uniform pengawal keselamatan daripada hanya duduk di rumah sekali gus tidak menjana sebarang pendapatan.

“Hina sangat ke kerja saya ni? Kerja mana-mana pun takpe, asalkan duit masyuk. Daripada duduk rumah goyang kaki, tak dapat hasil,” katanya.

Selain itu, Aisyah turut memaklumkan bahawa dia melakukan tiga pekerjaan termasuk bidang perniagaan demi menyara ahli keluarga apatah lagi memiliki anak-anak yang masih kecil.

“Kerja yang lebih baik macam mana? Macam ni, saya bekerja security sepenuh masa tapi dalam masa yang sama saya buat tiga pekerjaan, bisnes dan sebagainya,” ujarnya.

Mereka berpendapat, gaji pengawal keselamatan kini lebih tinggi berbanding sesetengah pekerjaan yang dipandang ‘tinggi’ malah tidak sepatutnya menjadi isu asalkan halal.

Teruskan usaha! Yang penting halal

Kenapa nak pandang rendah? Kerja tak serabut

Saya mampu sara keluarga sampai sekarang

Member aku RM2600

 

Asalkan gaji berbaloi, member ‘sekepala’, majikan tak banyak ‘drama’, teruskan saja pekerjaan yang dilakukan. Hidup ni tak boleh nak puaskan hati semua orang kan!

Post Berkaitan

Leave a Reply