“Pakcik taknak hidup di tepi jalan” – Netizen Seb4k Lihat Atuk Usia 68 Tahun Jadi ‘Rider’ Untuk Sara Hidup

Kebanyakan dari kita memang ada soft spot untuk warga emas. Bila kita nampak orang tua sedang berjalan sorang-sorang pun boleh rasa sedih sebab teringat dekat ibu ayah di kampung.

Jumpa atuk jadi rider
Lagi menyedihkan bila kita lihat warga emas yang sepatutnya di akhir-akhir usia ini duduk di rumah dan berehat tapi disebabkan kekangan kewangan, mereka masih perlu bekerja kuat hanya untuk mencari sesuap nasi.

Macam baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @danielashraf telah kongsikan video dia bertemu dengan seorang lelaki berusia 68 tahun yang terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan untuk menyara hidupnya.

Dalam video dekat bawah ni, korang boleh tengok yang lelaki tersebut masih gagahkan diri untuk bergerak walaupun fizikalnya kelihatan membongkok.

Video:

Menurut Ashraf, pak cik ini baru sahaja dua bulan mula menjadi rider penghantar makanan dan sebelum ini dia pernah bekerja sebagai pemandu lori. Selalu kerja kuat ni…

“Jalan pun macam tak larat tu”
Rata-rata netizen yang melihat video ini turut kongsikan rasa sebak mereka melihat orang seusia ini masih perlu bekerja keras dan ada juga yang berhasrat untuk membantu pak cik ini dari segi kewangan.

Komen Netizen:

Alahai, sesiapa yang ada terjumpa atau dapat rider ni bila order makanan hopefully bolehlah bagi tip sikit eh untuk dia. Moga pak cik ni dimurahkan rezeki dan sentiasa selamat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Post Berkaitan

Leave a Reply