Kepenatan jual buah mangga, Budak comel ini tertidur dalam longkang devider dalam tengah hujan.

Setiap kali mengeluh apabila ditimpa sedikit kesusahan dalam hidup, terkandang kita lupa untuk bersyukur dengan segala rezeki yang diberikan. Meskipun Malaysia baru sahaja menyambut hari kemerdekaan kali ke-65 kelmarin, namun sayangnya masih terdapat golongan yang hidup dalam serba kekurangan.

Tatkala kanak-kanak lain nyenyak tidur dalam bilik berhawa dingin, namun kegigihan seorang budak perempuan mencari rezeki di Sepanggar, Kota Kinabalu ini nyata mengundang sebak hati ramai. Sewaktu berhenti di persimpangan lampu isyarat, Deyla Habib ternampak dia terlelap dalam longkang dan hanya ditemani payung memandangkan cuaca sedang hujan. Siapa sangka, rupa-rupanya si cilik itu berada di sana untuk bantu keluarganya menjual buah mangga .

Masa tu sempat hulurkan RM2 saja…esoknya datang cari balik, jumpa abang & kawan-kawan sekali

Pada waktu tersebut, Deyla hanya sempat hulurkan duit berjumlah RM2 saja memandangkan tidak membawa cash yang banyak. Keesokan harinya wanita itu kembali ke lokasi sama untuk berikan lebih banyak sumbangan, selain sempat bertemu dengan rakan-rakan dan juga abang budak tersebut. Secara keseluruannya, perkongsian yang menyentuh hati itu telah meraih hampir 3 juta tontonan setakat ini.


Manis muka dia, mesti cantik budak tu dah besar nanti…harap janganlah sindiket, kesian tengok

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tergamam dan sangat bersimpati terhadap nasib budak perempuan itu. Meskipun tidak diketahui status kewarganegaraan kesemua kanak-kanak yang berada di sana, namun mereka diharapkan terlindung daripada sebarang musibah serta dilimpahi rezeki yang lebih banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Post Berkaitan

Leave a Reply