Kerana terkenang dan rindu adiknya, si kakak sebak tak mahu pulang rumah

Pernah menjadi pada masa dahulu kisah seorang ibu yang dikenali sebagai Murni Nasuha yang mandikan anak keeduanya telah dijemput Ilahi kerana menghidap pelbagai komplikasi jantung.

Tapi siapa sangka yang paling terkesan apabila puteri sulungnya sebelum ini cukup gembira malah rajin bercakap dengan adik nya Mohamad Affan sejak dalam rahim lagi.

Baru-baru ini keluarnya berkesempatan untuk menziarahi pusara anak syurganya bersempena genap sebulan pemergiannya. Menurut perkongsian video di TikTok, si kakak yang bernama Afra Eryna dikatakan paling tak sabar untuk ke sana.

Bukan hanya menyentuh tanah kubur tapi juga seperti membelai bayi tersebut dan mulutnya juga tidak lekang bertanya mengapa tidak boleh bawa balik adik ke rumah.

Selepas selepas menziarahi kubur, Afra Eryna merajuk kerana tidak mahu pulang tanpa adiknya. Paling menyayat hati apabila si cilik tiba-tiba mengalir air mata tapi tanpa suara kerana amat merindui baby Affan.

Namun Murni berharap agar suatu hari nanti puterinya boleh memahami mengapa adiknya tidak boleh kembali semula ke pangkuan mereka sekeluarga.

Malah di ruang komen dibanjiri reaksi rasa sebak kerana mengenangkan perasaan rindu si kakak terhadap adik kesayangannya. Selain mendoakan agar sentiasa kuat serta keluarganya diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata seterusnya.

 

 

 

 

Post Berkaitan

Leave a Reply