Keadaan terdesak & Dah Tak Ada siapa dah nak diharap, Abg Bomba Jadi Bidan Terjun.

Semasa perjalanan ke hospital Shah Alam dengan suami, seorang wanita yang hamil sudah pecah air ketubannya dan merasa kesakitan untuk bersalin. Kamudian mereka segera memasuki ke perkarangan Balai Bomba pada jam 7 malam untuk mendapatkan bantuan.

Anggota Bomba tersebut segera menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan bantuan selanjutnya. Ketika menunggu ketibaan ambulans, wanita itu telah melahirkan bayi perempuan dengan selamat dan disambut oleh seorang anggota Bomba wanita atau lebih dikenali dengan Norsyuhadah Ahmad.

“Kepala bayi dah nak keluar ni!” jeritan seorang ibu dalam keadaan kesakitan yang hendak melahirkan anak masih terngiang-ngiang dalam fikiran Pegawai Bomba Kanan II Nor Syuhadah Ahmad, 33, sehingga kini.

Menerusi Nor Syuhadah Ahmad, pengalaman menyambut kelahiran bayi perempuan di tempat duduk bahagian hadapan dalam kereta sekiar perkarangan tempatnya bekerja BBP Kota Anggerik dekat sini  adalah sangat luar biasa baginya.

“Berbekalkan sarung tangan perubatan, saya bertawakal kepada Allah dengan niat hendak menolong wanita itu yang berada dalam kesakitan kerana bayi sudah hendak keluar ketika itu.

“Saya berdebar, baca doa banyak-banyak dan kemudiannya bayi itu keluar, menangis. Saya terbalikkan bayi itu dan mengusapnya, memastikan saluran pernafasan tidak terhalang, dan kemudiannya ambulans tiba,”

Menerusi Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik, Muhammad Hazrin Zulkifli, wanita itu dan bayinya kemudian diserahkan kepada pihak ambulan Kementerian Kesihatan ( KKM ) untuk tindakan yang lanjut.

Lebih difahamkan bayi  itu merupakan anak ke 5 bagi wanita yang dikenali sebagai Nyak Siti Nurleena Zulkarnain, 29 bersama suaminya.

Difahamkan bayi tersebut merupakan anak kelima wanita yang dikenali sebagai Nyak Siti Nurleena Zulkarnain, 29 itu bersama suaminya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.