(VIDEO) Pandainya, Kucing Putih Gigih Buang Plastik Sampah Buat Ramai Berasa Malu

Kucing mempunyai sifat comel, nakal dan mudah jinak dengan manusia. Namun begitu meskipun ramai orang yang sukakan kucing, tidak semua orang yang sanggup memeliharanya kerana pelbagai faktor seperti kewangan ataupun tidak larat menjaganya.

Kucing boleh dikatakan merupakan haiwan peliharaan yang paling popular di dunia ini dan jika sebuah rumah itu mempunyai haiwan peliharaan, besar kemungkinan antara haiwan peliharaannya ialah kucing.

Namun sebenarnya, jika kucing dijaga dengan baik, mereka akan membawa keceriaan dalam rumah serta boleh menghiburkan kita. Baru-baru ini tular satu video mengenai seekor kucing yang agak aneh hingga boleh membuatkan manusia berasa malu.

Dalam video perkongsian seorang wanita yang menggunakan akaun @_shyknznmm itu, seekor kucing putih dengan pandainya membawa sampah dengan mulutnya untuk dibuang. Wah, pandainya kucing ini bukan, manusia pun kalah!

Pemiliknya boleh la balas ‘jasa’ kucing ini dengan memberikannya makanan yang sedap-sedap atas kerajinannya.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat kucing itu yang bersungguh-sungguh membawa beg sampah untuk dibuang.

Rajinnya kucing ini…

Sumber: _shyknznmm via saje gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published.