“Lagak Nk Minum Air Pkai Straw,Dapat Sedut Ke Tu?”-Aksi Gigih Si Tam Kecik Ni Mencuit Hati

Kehadiran kucing atau anak kucing dalam kehidupan boleh menjadi peneman serta dapat mengurangkan stress selepas pulang dari tempat kerja. Haiwan ini seakan memiliki aura tersendiri membuatkan kehidupan pemiliknya tidak sunyi.

Malah dengan ragam spesis haiwan ini yang pelbagai sering dikongsikan di media sosial juga membuatkan warganet terhibur dengannya. Baru-baru ini satu video yang memaparkan gelagat anak kucing cuba minum dari straw telah mencuri perhatian ramai

Dalam rakaman itu dipaparkan seekor anak kucing berada di atas meja dan di depannya tersedia gelas berisi air dan straw. Gelagat anak si bulus ini yang mencuba sedaya upaya untuk minum menggunakan straw tersebut telah membuatkan ramai terhibur.

Berikut adalah rakaman gelagat anak kucing cuba minum dari straw yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun askask5280 ini:

 

Bukan main lagi gayanya, tak padan dengan kecil! Apa-apa pun perkongsian rakaman gelagat anak kucing cuba minum dari straw ini telah meraih lebih 235 ribu tontonan dan 25 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan telatah haiwan ini di ruangan komen seperti berikut:

 

Post Berkaitan

Leave a Reply