Boleh phobia tengok ni… Siapa agaknya Arkitek, Jurutera & Penyumbang Pembuatan Jambatan Kampung ni agak nya.

Hasil pembuatan Yang berkualiti, kukuh dan tahan lama selalunya adalah hasil kerja gabungan jurutera, arkitek dan kakitangan pembuatan yang mahir.

Satu Video perkongsian dari seorang pengguna Facebook menunjukkan sebuah jambatan kayu yang sangat kukuh yang telah dibina disatu lokasi perkampungan yang tidak diketahui mengalami rempuhan kuat dari timbunan kayu-kayu daripada aliran arus sungai amat deras yang melalui jambatan tersebut tidak dapat merobohkan struktur pembinaan jambatan kampung tersebut. Hebat sangat kekukuhan pembuatan jambatan kampung ini.

Tidak dapat dipastikan dimanakah berlakunya kejadian ini tetapi ia amat menarik perhatian orang ramai yang menonton. Walaupun jambatan kampung tersebut agak bergerak-gerak semasa dilanggar tetapi ia masih kukuh sehingga timbunan kayu yang lalu tidak sedikitpun mampu merobohkan jambatan itu. Kelihatan agak ngeri juga semasa melihat kejadian di dalam video dimana mungkin kita akan ingat yang jambatan itu akan terpisah setelah dilanggar timbunan kayu. Nampak mustahil tetapi itulah realitinya.

Video yang dikongsikan di laman Facebook oleh juga seorang penonton yang mungkin mengambilnya daripada mana-mana sumber mendapat lebih 1.3ribu tontonan setakat ini. Siapakah agaknya mereka-mereka yang bertanggungjawab membina jambatan ini? Kepakaran mereka sangat menakjubkan.

Post Berkaitan

Leave a Reply