Maunya tak terkejut, bila tengah tidur si reptilia ini masuk dalam baju

Kalau cakap je pasal ular mesti ramai yang panik tak pun takut bila nampak atau terjumpa dengan reptilia ini. Mana taknya reptilia mempunyai banyak jenis, ada yang berbisa tapi ada juga yang tak berbahaya kepada kita. Lagi-lagi sejenis ular tedung yang rata-rata spesisnya.

Viral baru-baru ini di Pontian, Johor menganai seorang budak yang berusia 8 tahun dengan seekor ular tedung. Budak itu mengalami detik yang mencemaskan apabila reptilia tersebut telah memasuki ke dalam bajunya dab berada dalam keadaan tersebut selama setengah jam.

Kemudian ketika berlakunya kejadian tersebut, budak itu sedang baring dia ruang pantri rumanhya pada jam 12.35 tengah hari. Kata Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor, pihaknya menerima panggila kecemasan tersebut pada ja, 12.35 tengah hari.

Sebuah jentera dan bersama 3 anggota yang diketuai oleh Ketua Operasi, Mohd Noor Parmon, bergegas ke lokasi kejadian di Kuarters Balai Polis Ayer Baloi.

Apabila sama je di rumah mangsa, pasukan mendapati memang ada seerkor anak ular tedung hitam sepanjang 0.5 meter yang ada di dalam baju kank-kanak tersebut.

Menerusi laporan yang diberi, anggota bomba bertindak dengan segera dan menggunting baju budak lelaki itu sebelum menangkap ular itu menggunakan penjerut.

Dilaporkan bawaha kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan, malah ular tedung tersebut telah dilepaskan di tempat yang jauh daripada perumahan manusia.

 

 

 

 

Post Berkaitan

Leave a Reply