Seorang wanita mendapatkan balas wang daripada seseorang yang tidak dikenali nya selepas memberi seekor anjing yang sedang kehausan minum.
Seorang wanita dalam perjalanan dari puchong ke serdang itu,telah menjumpai seekor anjing dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan .Wanita berkenaan pon berhenti untuk melihat keadaan anjing tersebut untuk memastikan keadaannya ,namun setelah wanita itu melihat anjing tersebut dalam keadaan tidak sihat wanita tersebut membawa anjing berkenaan berjumpa doktor untuk memastikan kesihatan anjing tersebut.
Dalam perjalanan menuju ke klinik haiwan berdekatan ,wanita bernama Mandy Yeap tersebut telah memberi bantuan pertama dengan memberi anjing tersebut meminum air kerana anjing tersebut nampak begitu kehausan .”Anjing itu kelihatan sangat kehausan dan saya mengambil keputusan untuk berhenti distesen minyak untuk memberi nya minum sebelum membawa nya ke klinik.
Rupa-rupanya tindakan yeap memberi makan kepada anjing itu disedari oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Tiba-tiba lelaki itu berbaik hati dengan wanita tersebut.”Apabila saya keluar dari tandas dengan air di dalam kotak styrofoam bekas sarapan saya, lelaki itu kelihatan seperti dia tahu saya sukar membuka pintu dan dia membantu saya,” kata yeap.
Selepas membuka pintu, lelaki itu mengulas anjing di dalam kereta Yeap. Kemudian dia bertanya apa yang berlaku kepada anjing itu.
“Saya beritahu dia yang saya selamatkan dia semasa dia berada di Puchong. Kemudian, dia (lelaki Melayu) masuk ke kedai serbaneka manakala saya biarkan anjing itu minum,” kata Yeap.
Tanpa disangka, lelaki yang tidak mahu namanya didedahkan itu memberi wang dan memaksa Yeap menerimanya. Yeap yang pada mulanya menolak, akhirnya mengambil wang yang diberikan oleh lelaki itu.
“Dia bagi RM 50 kepada saya. Pada mulanya saya enggan, tetapi dia berkeras mahu mengambilnya kerana ingin membuat kebajikan untuk anjing itu,” tambah Yeap.
Yeap terharu dengan tindakan lelaki Melayu itu, dan apa yang mengejutkannya ialah lelaki itu berasal dari Melayu, bukan Cina sepertinya. Selepas memberi wang, lelaki itu segera beredar dari keretanya dan meninggalkan Yeap
“Saya bertanyakan namanya, tetapi dia enggan dan berkata, ‘Tuhan tahu’,” kata Yeap.
Yeap berterima kasih kepadanya dan membagikan ceritanya lewat Facebook. Kini, kirimannya telah disukai oleh 5,9 ribu akun dan dibagikan 2,4 ribu kal