Siapa sangka rider ini hanya nak hantar barang tapi ini yang dia dapat..

Siapa sangka rider ini hanya nak hantar barang tapi ini yang dia dapat..

Tidak kiralah masa kita susah atau senang tetaplah berbuat baik kepada orang. Malah kebaikan yang kita buat itu secara tak langsung dapat ganjaran pahala. Walaupun hanya sekadar pemberian yang kecil, namun ia amat bermakna kepada sesetengah individu.

Menurut perkongsian seorang wanita yang lebih dikenali sebagai Erine Rahim di TikTok, telah memuat naik kisah suaminya yang memberu sepasang kasut kepada penghantar kurier ketika pemuda tersebut menghantar barang di rumahnya.

Katanya lagi, pada awalnya wanita yang berada di dalam kereta itu tidak sedar akan perkara tersebut. Walau bagaimanapun, dia ternampak suaminya sedang berborak agak lama bersama pemuda itu di hadapan pagar rumah sebelum suaminya masuk semula ke dalam untuk mengam sepasang kasut miliknya.

Pada waktu itu juga suaminya harap agar pemberian itu dapat digunakan untuk bekerja selpas melihat kasut yang dipakai oleh penghantar kurier tersebut sudah lusuh. Namun pemuda tersebut memberitahu bahawa kasut itu boleh dibawa berjalan.

Menjengah ke ruang komen rata-rata netizen memuji tindakan suaminya yang begitu baik hati memberikan kasut kepada penghantar kurier berkenaan. Malah ada juga di antara mereka yang mendoakan agar wanita tersebut dan suaminya dimurahkan rezeki.

Komen netizen:

 

Post Berkaitan

Leave a Reply