Apa kah kesudahannya apabila kucing kesayangan anda tiba2 hilang dan tidak jumpa2 sedangkan pada masa yang sama meson basuh dirumah anda sedang berputar2 mencuci baju cadar segala….. Apa perasaaan anda? Walaupun tidak pasti jika ianya ada didalam bersama timbunan cadar tetapi adakah anda akan memeriksa? atau terus menunggu kepulanngan kucing kesayangan anda itu?.,….
Kucing Terperangkap Dalam Mesin Basuh Yang Sedang Berputar Selama 12 Minit. Ajaibnya seekor kucing Burma masih sihat dan bernyawa walaupun terperangkap dalam mesin basuh berputar selama 12 minit selepas pemiliknya tidak sedar ia berada di dalam.
Memetik laporan Mirror UK, kucing berusia dua tahun dinamakan Oscar sebelum itu masuk ke dalam mesin berkenaan untuk tidur tetapi terperangkap dan tanpa disedari tuannya, Amanda Meredith.
Meredith yang tinggal di Mudjimba di sini, mendengar bunyi Oscar mengiau ketika suaminya, Angelo memasukkan cadar ke dalam mesin basuh.
Dia menyangka bunyi daripada dalam almari, jadi mereka membasuh tanpa mempedulikannya.
Bagaimanapun, apabila dia masuk ke rumah dan mencari Oscar selepas tidak melihatnya, Amanda tersedar kucingnya mungkin berada di dalam mesin basuh.
Dia memberitahu ABC News, “Kucing malang saya meletakkan satu kakinya di cermin mesin basuh ketika mesin berputar sambil melihat saya.
“Ia sangat tragik,” katanya.
Selepas putaran itu, mesin mengambil masa dua minit untuk berhenti dan mengeluarkan air sebelum pintu dibuka.
Pemiliknya membawa Oscar berjumpa veterinar, Dr Dan Capps dan ia bernasib baik kerana hanya bengkak dan lebam.
Dr Dan berkata, insiden itu bukan kali pertama berlaku dan normal kepada kucing bersembunyi untuk berehat pada musim sejuk.