Kucing Berjalan Bagaikan Tarian Singa, Dah Kenape Tu SiPutih……

Haiwan bernama Kucing sering dijadikan haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja, sangat comel serta mudah dijaga dan diruruskan. Bukan Itu sahaja,  spesis ini juga memiliki pelbagai gelagat & keletah yang ada masanya cukup menghiburkan dan menggelikan hati sesiapa  yang menyaksikannya.

Satu rakaman yang dikongsikan menerusi TikTok baru-baru ini menunjukkan seekor kucing yang berjalan tergeleng2 bagaikan sedang melakukan Tarian Singa.  Kelihatan seekor kucing berbulu putih bersih & comel sedang berjalan di halaman rumah. Lihat sahaja video yang dimuat naik memaparkan ragam Si Putih comel ini memang boleh bikin geram!

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah gaya Si Putih berjalan. Tergeleng2 macam buat Tarian Singa lagaknya. Mungkin kerana dipakaikan baju,.. siap ada hood (penutup kepala) lagi, jadi cara jalannya pun nampak tidak keruan. Video ini yang ditambah dengan lagu yang agak melucukan seakan kena dengan gaya si putih berjalan.

Apapun…. Si putih nampak comel sangat dengan baju warna pink tu, sesuai dengan warna bulunya yang putih bersih Gebu…..

 

Post Berkaitan

Leave a Reply