Pelik juga Selalu Dengar Bunyi Atas Siling. Bila Dah Pasang Jubin Kaca, Barulah Lelaki Ini Tahu Sebabnya

Pemilik kedai pasang siling kaca, tapi kucing pula tak berhenti tenung

Jika anda mempunyai kucing, pasti akan ada perasaan seperti sentiasa diperhatikan. Ia kerana kucing bukan sahaja suka menghendap, namun mereka juga mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

Disebabkan itu, tak hairanlah kalau mereka suka berada di tempat di mana mempunyai pandangan persekitaran yang luas.

Seperti yang dimuat naik baru-baru ini oleh seorang pengguna Twitter, sahabatnya telah memasang siling kaca di kedainya.

Seorang pengguna Twitter dari Taiwan SCMcrocodile baru-baru ini berkongsi beberapa gambar kedai sahabatnya yang telah membuat pengubahsuaian siling untuk memasukkan jubin kaca agar ‘tetamu’ di luar boleh menonton mereka di dalam.

Sahabatnya adalah seorang pemilik sebuah kedai kecil yang kawasannya berbumbung dan telah menjadi tempat persinggahan kucing-kucing jalanan. Kini bumbung itu telah digantikan dengan sejenis panel kaca berbanding jubin siling biasa untuk kucing-kucing tersebut menikmati permandangan di dalam kedai.

Dalam gambar yang telah dimuat naik, dapat dilihat beberapa ekor kucing di atas siling kaca itu sambil memerhati ke dalam kedai dan gelagat mereka yang sangat lucu.

Namun bukan kucing-kucing itu sahaja yang dapat menyaksikan pemandangan yang menyeronokkan, malah orang di datang ke kedai juga terhibur melihat rupa mereka dari bawah.

Perangai mereka yang tidak berhenti tenung orang di dalam kedai telah membuatkan netizen untuk memberikan pelbagai nama-nama yang pelik kepada kucing-kucing itu seperti CC.TV (cat ceiling top view) dan purrveilance camera.

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *