Perasaan Simpati Semula Jadi, Mulianya Hati Mu Dik,…Luahan Anak Ini Buat Orang Ramai Sebak

Kadang-kadang mem,ang betul ada kata-kata yang pernah dilontarkan menyatakan, didikan yang baik itu bermula daripada rumah kerana anak- anak ini diibaratkan seperti kain putih dan yang akan mencorakknnya adalah ibu bapanya sendiri. Hati Yang  mulia mungkin adalah satu kurniaan asli dari Allah yang salah satu puncanya adalah dari didikan ibu bapa sendiri.

Perasaan simpati, sedih daripada seorang anak terhadap orang yang lebih memerlukan ini adalah satu perasaan yang tidak boleh ditipu dan ianya lahir semula jadi dalam diri anak-anak.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu hairan ke manakah pergi duit belanja sekolah anaknya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ellyemirza, kita dapat lihat dengan jelas yang mata budak tersebut bergenang air mata sambil menceritakan apa yang telah berlaku disekolah.

“Harini bawa sen (duit) pergi sekolah RM10, belanja RM2, tapi balance RM3, tanya dia mana lagi RM5, rupa-rupanya..”

“Dia bagi duat ke (kat) kawan dia sebab kawan dia orang susah..kawan kelas lain semua makan.. kawan dia yang sorang tu je tak makan..lepas dia bagi duit kawan dia kabo (cakap) ‘terima kasih awak’”

“Lepas pia bagi duit, barulah kawan dia beli makanan.. makan sama-sama..Allahuakhbar, sayu rasa hati mama.. kecik gini pia dah pandai berbagi rezeki pada orang yang perlu..semoga kekal perangai pia gini sampai ke besar.. aminn” ujar wanita ini.

Dalam video tersebut, wanita ini juga sempat meluahkan rasa bangganya terhadap anaknya Pia yang ketika itu sedang mengusap air mata yang masih jatuh berguguran.

Dibawahmerupakan video yang tular di laman TikTok:

Dalam pada itu, wanita in yang merupakan ibu kepada anak ini i turut menjelaskan di mana anaknya itu menangis buukan kerana takut kena marah, tetapi sebak dan kasihan dengan kawannya itu.

“Dia nangis bukan takut kena marah ke mende..mule2 dia ok je ceria je cite..dia ngis sbb sebak sian ke kawan dia kate..”

Video yang mempunyai durasi selama 57 saat itu telah meraih lebih kurang 1.7M tontonan 190K tanda suka, 5490 komen dan 2884 perkongsian di applikasi TikTok.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warga netizen tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh budak perempuan ini malah bangga dengan kedua ibu bapanya kerana telah mendidik anak kecil ini menjadi orang yang sangat prihatin terhadap orang lain terutamanya bagi mereka yang sangat memerlukan.

Di bawah adalah antara komen daripada netizen

Post Berkaitan

Leave a Reply