Batu Purba Misteri Yang Seakan Menyerupai Bentuk 3 Ekor Paus Raksasa. Mungkinkah Ia Jelmaan Paus Purba Zaman dulu…

Setiap tempat mempunyai sejarah yang tersendiri. Malah tidak salah untuk kita menambah serba sedikit ilmu tentang budaya dan kehidupan masyarakat dari negara luar. Orang cakap jauh berjalan luas pandangan. Tapi pernah ke kita terfikir untuk singgah ke tempat misteri dan unik di dunia ini.

Tidak ramai yang tahu tempat unik ini jika berkunjung di negara tersebut. Terdapat satu pemandangan yang unik seakan ikan paus yang sedang berenang di tengah hutang terletak di atas Gunung Hin Sam Wan, area Phu Sing, Buengkan Thailand.

Ia bukanlah ikan paus yang sebenar malah merupakan formasi batuan purba berusia 75juta  tahun. Memiliki tebing batu yang tinggi dan puluhan meter yang amat curam jika kita berada diatas batu itu, dapat juga melihat sebahagian pantai Mekong, gunung Pakkading di Laos dan Hutan Phu Wua.

Kerana uniknya, 3 formasi batuan purba yang menyerupai dengan ikan paus ini digelar ‘Three Whale Rock’. Sehingga kini, batu gergasi ini dilindungi oleh kerajaan Thailand dan telah menjadi khazanah kepada negara mereka.

Namun tidak seperti batuan purba yang lain biasa ditemui dikawasan terpencil dan tersorok. Batuan purba boleh didaki dan pelancong juga dapat berdiri di bahagian atasnya. Untuk pergi ke sana mereka perlu lalu jalan yang setapak luas sambil terus mendaki ke bantuan raksasa tersebut.

Mereka juga boleh memilih sembilan laluan yang berbeza untuk melakukan pendakian. Sepanjang jalan mereka juga boleh melihat air terjun, pelbagai tumbuhan, haiwan serta burung berkucauan. Bau alam sangat harum, udaranya sega, irama alam asyik melengkap kesempurnaan tempat ini.

Pada yang penggemar aktiviti luar seperti meredah hutan, sungai, mendaki gunung dan hiking, mendaki batuan purba ini pastinya merupakan satu pengalaman yang menkjubkan. Anda dapat merasakan ia seakan pengembaraan terbaik seumur hidup.

Post Berkaitan

Leave a Reply