Rumah paling daif. Bila malam kalau ada gangguan saya tumpang tidur rumah penduduk kampung.

Yayasan Ez Prihatin bersama sama Ez Fadaa dan Barokah K0rban terus menyantuni penduduk kampung Aur, Sik Kedah petang tadi.
Selama 3 hari bergaul dengan penduduk kampung membuatkan kami mengetahui seribu kisah hidup rakyat disana.
Kali ini lebih menyayat hati. Kami berjumpa dengan Mansur, penduduk kampung Aur, Sik Kedah. Perjalanan ke rumah beliau agak mencabar. Jarak “rumah” dengan jalan besar hampir setengah jam perjalanan.


“Pondok inilah rumah saya. Tempat saya berteduh daripada panas dan hujan. Semua urusan makan minum dan membasuh pakaian saya lakukan sendiri”.
Melihat keadaan “rumah” Mansur membuatkan kami sebak. Dikelilingi hutan tebal. Bukan sahaja tidak mempunyai capaian internet, malah tidak juga mempunyai sebarang rangkaian talian komunikasi dan akses jalan yang sempurna.


“Bila malam, saya akan menumpang tidur di rumah orang kampung. Sebab sini macam-macam binatang buas. Beruang pun ada”.
Cerita Mansur membuatkan seluruh #skuadprihatin terkedu. Kami bermuhasabah sebentar dengan merenung kembali apa yang berlaku sepanjang tahun sebelum kedatangan Ramadan.


Adakah ramadan kali ini dapat mengajar kita perasaan bertimbang dan kasih-mengasihi sesama umat atau tidak ?

Untuk hulur b4ntuan boleh melalui

sila letakkan info “en mansur sik”

beralamat

80-1B, Jalan 3,
Batu Caves Centrepoint,
68100 Batu Caves,
Selangor, MY

no phone:  018-971 7624

#skuadprihatin

Post Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *