Saya Tauke Cina, Saya Percaya Tuhan. Pekerja Paling Mustahak Wajib Pergi Solat. Saya Akan Tunggu.

Biarpun berlainan agama dan bangsa, usahawan ini bersikap terbuka dalam memberi kemudahan kepada pekerja yang beragama Islam dalam menunaikan ibadat solat.

Bahkan, pengusaha Minyak Masak 303, Gan Leong Piow ini turut mengamalkan solat hajat setiap tahun.

Leng Piow berkongsi perkara ini di sebuah video temu bual yang dimuat naik di laman Faceb00k Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan.

“Pekerja saya semua lokal itu wajib. Kalau tengok I buat sembahyang hajat di kilang, mesti tak percaya kan?

“Setiap tahun, saya buat sembahyang hajat di kilang. Ya, kenapa tidak?

“Ya, saya berbangsa Cina tetapi saya juga percaya kepada Tuhan, agama itu penting.

“Saya buat tempat solat, lelaki dan perempuan. Sampai masa kena pergi sembahyang,” katanya.

Bagi pendapatnya, dia sedari akan sesetengah majikan yang tidak menyenangi perkara tersebut, namun dia sama sekali tidak pernah bersikap begitu.

“Paling mustahak kena pergi sembahyang. Saya akan tunggu, itu benda wajib.

“Kalau kita hidup tanpa Tuhan, kita bukan sesiapa, we are nothing.”


Setakat ini video tersebut menerima 118K tontonan di Faceb00k.

Leave a Reply

Your email address will not be published.