Setiap bulan pastinya pemilik kucing akan mula membeli dan melengkapkan keperluan kucing seperti makanan dan sebagainya. Sama macam yang dikongsikan pemilik kucing ini apabila si oyen begitu baik hati menolongnya menuangkan stok makanan kucing ke dalam bekas simpanan.
Namun rupa-rupanya di sebalik pertolongan itu, lain pula kelakuan si oyen sekaligus membuatkan ramai berdekah melihatnya. Malah video tersebut juga tular dengan lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.
Pada gambar dan video dikongsikan ini, kelihatan pemilik kucing itu sedang menuangkan makanan kucing itu untuk disimpan di dalam bekas. Situasi itu turut menarik perhatian si oyen yang berada tidak jauh dari situ di mana dia mula menghampiri bekas tersebut.
Lebih mencuit hati lagi, si oyen kemudian mula membantu pemiliknya menuangkan makanan tersebut dengan menggunakan tangannya. Malah dia juga siap menarik keluar makanan itu ke dalam bekas tersebut seolah-olah sedang membantu pemiliknya itu.
Namun tidak lama kemudian, si oyen mula menikmati makanan tersebut dari dalam bekas itu dengan reaksi yang selamba. Melihatkan reaksi pantasnya ini, netizen turut berseloroh mungkin itulah sebabnya si oyen begitu rajin membantu pemiliknya itu.
Video :
ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat gelagat selamba si oyen ini. Malah ada yang berseloroh tidak mungkin si oyen akan menjadi serajin itu jika tidak mengharapkan balasan pada akhirnya.
“Amboi panjang ye tangan.”
“Ala korang ni macam tak biasa, tolong mak masukkan kuih raya dalam balang. Waktu yang sama masuk mulut jugak.”
“Baik ada makna ye…”
“Oyen tolong mak ke tolong makan sekali.”