Memelihara kucing dapat mengisi rasa kekosongan hari tuannya. Apatah lagi haiwan comel ini sememangnya sukakan perhatian dan sangat manja. Sudahlah comel, haiwan ini juga seakan pandai dan faham apa yang diperkatakan manusia.
Menerusi satu perkongsian rakaman yang tular baru-baru ini, seekor ibu kucing susukan anak dalam peti ais telah mencuri perhatian ramai. Pada awalnya kelihatan satu individu membuat rakaman membuka pintu peti ais.
Bila pintu peti ais dibuka, kelihatan seekor ibu kucing sedang terbaring dan menyusukan beberapa ekor anaknya. Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah gelagat ibu kucing ini terkejut apabila ditegur oleh si perakam.
Berikut adalah perkongsian rakaman ibu kucing susukan anak dalam peti ais yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun fitotan ini:
Dah macam mana gayalah ibu kucing ini boleh susukan anaknya dalam peti ais. Perkongsian rakaman ibu kucing susukan anak dalam peti ais yang dimuat naik ini telah meraih lebih 460 ribu likes dan 4.4 juta tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Induknya abu..Anaknya oren semua”
“Kucing pun tak tahan panas..Cari tempat yang sejuk”
“Sape ajar ni”
“Jangan la sampai rakam2 kan dia dah malu tu”