Taktik halus jadi ‘adopter’ kononnya. Merayau keliling taman cari si bulus buat santapan ular sawa.

Itulah gelaran paling sesuai untuk segelintir individu yang didakwa aktif mencari kucing untuk dijadikan makanan kepada ular peliharaan mereka.

Pendedahan itu meraih perhatian ramai selepas beberapa individu tampil membuat perkongsian menerusi media sosial.

“Saya dapat maklumat di Indera Mahkota 2, Kuantan, ada satu rumah bujang di situ, budak-budak tu bela ular sawa. Mereka selalu cari kucing yang friendly dan curi bagi ular dia makan,” dakwa seorang lelaki menerusi group Facebook Kelab Kucing Kuantan.

Dalam perkongsiannya, dia mendakwa dimaklumkan mengenai hal itu oleh penduduk setempat.

Malah, dia juga pernah berhadapan dengan seorang lelaki yang dipercayai ada niat tidak baik terhadap kucing peliharaannya.

“Makcik tu tak pasti di mana rumah budak-budak tu. Tapi dia kata ada seorang lelaki pernah tanya dia, kucing ni ada tuan tak? Sebab ular sawa dia lapar tak makan beberapa hari.

Ada individu didakwa menjadikan kucing sebagai makanan kepada ular mereka. (Gambar Hiasan)

“Saya tak tahu betul atau tidak. Tapi tadi pagi masa saya di luar rumah, ada seorang lelaki naik motor stop dan datang dekat kucing saya yang sedang berasa atas kereta.

“Apabila saya datang dekat, dia senyum dan terus pergi. Saya rasa maklumat ni patut dikongsi. Kalau tak betul saya mohon maaf,” tulis lelaki itu lagi.

Dalam pada itu, turut tular tangkap layar perkongsian seorang lagi individu yang membuat dakwaan sama.

Ujar individu tersebut, ada pihak tidak bertanggungjawab berpura-pura mahu mengambil kucing untuk dibela, sedangkan mereka mempunyai niat sebaliknya.

Ada seorang lelaki pernah tanya kucing ni ada tuan tak? Sebab ular sawa dia lapar tak makan beberapa hari.

“Di sini saya ingin mengingatkan kepada owner yang hendak beri kucing atau memberitahu keberadaan kucing-kucing yang dibuang dan meminta new adopter untuk membela, sebelum beri, saya mohon tolong selidik dahulu latar belakang orang yang meminta untuk adopt kucing tersebut.

“Dalam group ini ada beberapa manusia yang aktif adopt kucing yang hendak diberi secara percuma. Mereka dengan suka rela adopt dengan jumlah yang banyak dan suka kutip di pasar-pasar.

“Jika mereka kutip dan jaga dengan baik, syukur Alhamdulillah. Tapi jika mereka adopt dan beri makan kepada haiwan eksotik contohnya ular, perkara ini sangat tidak wajar,” ujarnya.

Difahamkan, ada individu turut aktif mengutip kucing-kucing yang berkeliaran di kawasan pasar. (Gambar Hiasan)

Menurut pemilik posting yang pernah berhadapan isu sama sebelum ini, sekaligus membuatkan dia takut untuk memberikan kucing kepada orang lain.

“Saya dah terkena sebelum ini. Saya beri enam ekor anak kucing usia dua ke tiga bulan dan seekor ibu. Apabila ditanya banyak kali dia cuma baca dan bila ditanya lagi terus kena block.

“Mohon semua alert sebab dah ada yang mesej saya bertanya mengenai benda ini. Apabila orang tu mesej dan hantar gambar adopter, adopter tersebut sama dengan adopter yang saya beri kucing.

“Saya sungguh rasa terkilan sebab beri kepada new adopter yang salah. Semoga yang baik-baik untuk kucing-kucing yang telah saya berikan kepada si dia,” ujarnya lagi.

Jangan lupa like share komen. Terima kasih

Post Berkaitan

Leave a Reply