Terbeli Aiskrim lebih Lalu Sedekah kat seorang pakcik, Aksi Pakcik Ini Buat Wanita ini Sebak…

Setiap kali kita rasa susah, sebenarnya ada yang lebih susah dalam menghadapi kehidupan ini. Mana tidaknya, dengan kehilangan pekerjaan dan tiada pendapatan, sesiapa sahaja boleh berada di titik terendah dalam hidup mereka ketika ini.

Menerusi satu perkongsian yang tular, seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @mirashafiee telah memuat naik satu video seorang lelaki yang dilihat sangat menikmati aiskrim di tepi kaki lima.

Menurut pengguna Twitter tersebut, pada awalnya dia ada membeli aiskrim lebih di kedai dan apabila melihat pakcik berkenaan, dia terus memberikan kepadanya. Apa yang mengharukan adalah ucapan terima kasih dari pakcik tersebut yang turut memaklumkan bahawa dia sudah lama tidak makan aiskrim.

Apabila ditanya tinggal dimana, dia memaklumkan yang tidak mempunyai rumah dan tinggal di tepi-tepi premis perniagaan. Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai yang berasa sebak apabila melihat pakcik berkenaan benar-benar menikmati aiskrim yang diberikan.

Beberapa pengguna media sosial juga turut bertanya lokasi pakcik berkenaan berada dan ingin membantunya bagi menghulurkan sedikit sumbangan.

Dibawah adalah antara Komen netizen:

Leave a Reply

Your email address will not be published.