Biasanya kalau ada apa-apa kehadiran haiwan yang berbahaya di kawasan rumah sering dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri untuk menghalau tapi minta pertolongan orang yang pakar dalam menangkap haiwan tersebut.
Viral baru-baru ini satu kisah pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar semasa melakukan operasi di sebuah rumah. Menerusi Ketua BBP Alor Setar, Ahmad Naufal Abdullah, pihak Bomba telah menerima panggilan kecemasan pada jam 10.02 pagi kerana kehadiran ular di rumah itu.
Selapas menerima laporan, pasukan anggota Bomba dengan sebuah jentera yang diketuai oleh Zulkifle Mat Esa segera ke lokasi tersebut. Sebaik sahaja sampai di rumah mereka, anggota Bomba segera melakikan pemeriksaan bagi mencari ‘ular’ seperti yang dilapokan yanng berada di bahagian dapur.
Kemudian mereka perasan ada sesuatu benda yang bergerak di bahagian rak susun pinggan mangkuk, dengan segera periksa puncanya. Lah rupanya hanya seekor ketam nipah yang terlepas bukkanya seekor ular. Hahaha adoi lah…
Tuan Ahmad Naufal mengatakan operasi pihak Bomba di lokasi tamat pada jam 10.29 pagi. Walaupun kisah ini agak mlucukan bagi anda tapi tindakan mereka yang memanggil pihak Bomba merupakan salah satu tindakan yang betul kerana kalau betul ia adalah ular yang berbisa dan berisiko tinggi serta boleh terjadi sesuatu yang tidak diingini.