Kerana terlalu sayangkan haiwan peliharaan, seorang wanita dikenali sebagai Dora sanggup membawa kambing kesayangannya pulang ke kampung.
Kambing itu pula seperti faham dan hanya tidur di dalam kereta semasa perjalanan pulang ke kampung halaman.
Baru-baru ini tular sebuah video seekor kambing comel sedang tidur dalam kereta ketika perjalanan pulang ke kampung.
Pemilik asal video, Shafiqa Edora Md Din, 31, berkata ia dirakam pada 17 November lalu ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan dari Setiawan, Perak menuju ke Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi di ibu negara.
Wanita yang mesra dipanggil Dora ini berkata kambing betina yang dibeli nama Gegirl itu adalah satu daripada enam ekor kambing peliharaannya.
Dora menjelaskan yang kambing itu mempunyai baka kacukan Jamnapari dan boer yang baru berusia lebih sebulan dan telah dijaga olehnya sejak lahir kerana ia ‘dibuang’ keluarganya.
“Mak kambing tu namanya Lopa dan anak lain nama Baby..kiranya kakak Gegirl tapi mak Gegirl tak nak dia.
” Baby pun kasar pada hari pertama Gegirl lahir. Lepas Lopa beranak saya dah ambil bela sendiri, beri susu botol. Seminggu pertama ada perah susu mak dia nak elak bengkak tapi lepas tu tak larat nak perah jadi, campur susu formula Nestle Full Cream.
” Sekarang dah tak boleh berpisah dengan dia,” katanya.
Tambah Dora, Gegirl tidak pernah meragam apabila terpaksa berjalan jauh. Malah katanya, anak kambingnya itu sudah biasa dibawa keluar bersama.
” Dia okay travel jauh janji ada teman dalam kereta, kalau pergi makan kami akan tinggal dlam kereta.
” Memang bising la mulut dia jadi kami memang akan makan cepat-cepat, kalau kedai yang dah biasa kami bawa tu kami bawa sekali sebab tuan kedai memang tak kisah. Dia duduk diam je atas riba atau dekat kaki,” katanya.
Menurut Dora lagi, gegirl terkadang terlebih manja serta kadangkala kelihatan seperti ‘terlupa’ bahawa dirinya itu seekor kambing.
“Gegirl tak banyak ragam, dia memang tidur sekali atas katil, dalam bilik aircond, berselimut bagai, kalau kita bangun dia akan bangun juga.
“Mulut tak bising kecuali lapar atau bila salah seorang daripada kami hilang dari pandangan.
“Kalau tinggal dengan atok nenek tu dia mengamuk, merengek, menghentak-hentak kaki depan pintu nak keluar, sejam saya keluar, mak ayah saya kata sejam dia menjerit tak berhenti,” katanya lagi.
Menurut Dora, ibu bapanya kadangkala terpaksa menghubunginya untuk pulang segera dan memujuk ‘anaknya’ itu.
“Mak ayah akan call, baik cepat, anak kau ni manangis.
” Nampak saya balik dia akan terus terkam, bila saya dukung baru senyap.
Menurut Dora, Gegirl paling manja dengan dirinya.
“Kalau nak main dia cari suami saya, sebsb suami suka geletek perut sampai terloncat-loncat.
“Lepas tu bila suami jalan, dia pergi dekat kaki babah loncat-loncat ajak main lagi.
“Kalau dekat lantai ok la, atas katil dia loncat-loncat sakit oii, telapak kaki dia keras,” kata ibu kepada dua anak lelaki ini.
Wanita itu turut memaklumkan bahawa kambingnya yang dinamakan Gegirl itu merupakan salah satu daripada enam ekor kambing peliharaannya.
Kambing baka kacukan Jamnapari dan boer yang baru berusia lebih sebulan itu dijaga sejak hari dilahirkan kerana ‘dibuang’ keluarga.