Tuah pengutip sampah jadi jutawan segera. Temui batu separa terapung ubah nasib beliau serta merta.

Siapa sangka seorang pengutip sampah  menerima tuah selepas menemui sebongkah batu berni lai 537,500 Pound Sterling (kira-kira RM2.9 juta).

Lelaki yang tidak mahu dikenali ini tidak menyangka batu yang dijumpainya adalah sejenis ambergris yang bernilai tinggi.

Pada mulanya, batu berwarna kelabu yang hanyut di pinggir pantai itu dikutip olehnya dan dibawa pulang ke rumah.


Setibanya di rumah, beliau mendapati batu itu mengeluarkan bau aneh seperti lilin.

Beliau kemudian memaklumkan kepada rakan dan saudaranya sebelum memeriksa dan memba kar batu itu.

Batu itu mengeluarkan bau wangi selepas diba kar sehinggalah dimaklumkan bahawa ia adalah batu yang amat bernilai tinggi.

Pakar berpendapat, batu itu dikeluarkan oleh ikan paus, memandangkan saiznya yang terlalu besar.

 

Ambergris terbentuk dari rembe san saluran empedu di us us ikan paus spe rma, dan dapat ditemukan terapung di laut atau hanyut di pinggir pantai. Ia kadang-kadang dijumpai di perut ikan paus spe rma ma ti. Kerana paruh sotong raks asa telah ditemukan di dalam gumpalan ambergris, para sain tis berte ori bahawa zat tersebut dihasilkan oleh saluran gastrointes tinal paus untuk meringankan perjalanan benda keras dan tajam yang mungkin dimakannya.

Ambergris disahkan seperti bahan na jis. Diperkirakan bahawa jisim ambergris yang terlalu besar untuk melewati us us dan mungkin dikeluarkan melalui mulut, tetapi ini masih diperdebatkan.

Uniknya batu jenis ambergris ini adalah kerana ia sangat sukar diperolehi dan mampu bertahan sehingga 100 tahun serta digunakan sebagai bahan dalam minyak wangi.

kredit era

Post Berkaitan

Leave a Reply