Video – Indahnya moment ini! Kawan berbangsa India bersungguh betulkan kiblat solat aku.

Dalam hubungan persahabatan, beruntung sekiranya terdapat seorang rakan yang mengambil berat dan menegur kes!lapan kita tanpa mengambil kira perihal agama atau bangsa.

Seorang pemuda, Amer Abdul Ghani yang telah bersedia untuk menunaikan kewajipan solat disifatkan bertuah kerana mempunyai rakan berbangsa India yang prihatin.

Menerusi laman Twitter, pemuda yang bekerja di syarikat penerbangan itu memuat naik video pendek memaparkan rakannya Leonard Lourdes sedang memperbetulkan arah kiblat.

Dengan berpandukan aplikasi kompas dalam telefon bimbit yang diletakkan atas sejadah, Leonard kelihatan bersungguh-sungguh mencari arah kiblat yang lebih tepat sebelum rakannya mengerjakan solat.

“Tengok bagaimana rakan saya berbangsa India memperbetulkan kiblat saya dengan tepat,” tulis Amer berserta tanda pagar ‘sahabat sampai syurga’.

Posting berkenaan meraih hampir 16,000 tanda suka serta diulang kicau sebanyak 11,000 kali selain pelbagai reaksi warga Twitter yang memberikan komen positif.

Walaupun dia bod0hkan kau, tapi dia ambil berat pasal ibadah kita

Kau memang ada sahabat terbaik brader!

Comel… Persahabatan tanpa sifat rassis!

Terharu ada kawan macam ni

Indahnya momen ni…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Post Berkaitan

Leave a Reply