20 tahun terkurong, bekas pejuang Al-Ma’unah kekok dengan dunia luar.
September 4, 2020
Bekas pejuang yang terbabit dengan kegiatan Al-Maunh, Ahmad, 49, (bukan nama sebenar) menikmati kehijauan pokok di luar rumah aruwah ibunya selepas dibebaskan setelah mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63. – Foto BERNAMA
KUALA BERANG: Tersesat ke kampung lain, tidak pandai menggunakan telefon pintar, itu pengalaman baharu dilalui bekas bnduan kumpulan Al-Ma’vnah tatkala melangkah keluar dari tirai besi pada 17 Ogos lalu setelah mendapat pengampunan Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Kebangsaan ke-63.
Terkurung di sebalik tembok tinggi selama 20 tahun yang memisahkannya dengan dunia luar, bekas bnduan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, mengakui kekok dan terkejut dengan keadaan semasa, terutama di kampungnya yang disifatkan jauh berbeza berbanding 20 tahun lalu.
Cahaya terang matahari juga mengganggu penglihatannya lantaran sudah terbiasa dengan suasana suram di pnjara.
“Bayangkan daripada kawasan hutan pada 20 tahun lalu, kini dipenuhi rumah. Saya nak bawa motosikal pun rasa takut sebab banyak betul kereta dan lori atas jalan.
Bukan macam dulu… televisyen sekarang pun banyak yang dah ‘kurus’ (skrin nipis). Motosikal pun dah canggih tak perlu dihidupkan guna kaki.
“Apa yang membuatkan saya tersenyum tentunya melihat betapa ramainya anak saudara… sampai hari ini saya masih ragu-ragu dengan jumlahnya.
Mungkin lebih daripada 15 orang sedangkan ketika saya tinggalkan keluarga, hanya ada lima orang sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini.
Ahmad, yang sepatutnya menjalani hukuman penjara sepanjang hayat, adalah antara 13 bekas ahli kumpulan Al-Ma’vnah yang dibebaskan awal susulan pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63.
Ahmad telah dimasukkan ke Pnjara Sungai Buloh seketika pada tahun 2000 sebelum ke Pnjara Kajang selama lapan tahun,kemudiannya dipindahkan ke Pnjara Marang selama 12 tahun, sejak 2008, dan akhirnya ada 17 Ogos lalu, beliau dibebaskan.
Mengimbas kembali detik pembebasannya, Ahmad berkata pada 16 Ogos, beliau dipanggil oleh pegawai pnjara untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan diminta membaca sepucuk surat.
Ahmad berkata beliau diminta membaca satu persatu baris ayat di surat itu, yang memaklumkan keputusan penolakan empat kali rayuannya untuk pembebasan sebelum ini, sehinggalah pada baris terakhir yang menyatakan rayuannya diperkenankan.
“Apabila tiba pada ayat ‘diperkenankan’ bagi rayuan kali kelima, saya gagal teruskan bacaan dan pegawai meminta saya melakukan sujud syukur,” katanya, sambil menambah saat itu beliau bagaikan tiada keupayaan lagi untuk berdiri kerana terlalu terkejut sehingga dipapah oleh pegawai pnjara.
Ahmad berkata malam terakhir di pnjara juga dirasakan sangat panjang sehingga beliau tidak dapat melelapkan mata.
“Saya tak tidur. Saya hanya berbaring atas simen… semua peralatan termasuk tilam, selimut, bekas air dan segalanya telah saya agihkan kepada bnduan lain.
“Pada hari terakhir, sebelum melangkah keluar dari pintu besi, saya dibawa berjumpa pegawai pnjara. Di situlah saya dijamu makan durian. Ia adalah hadiah untuk pembebasan saya.
Ketika itu jugalah air mata saya mengalir laju. Sudah 20 tahun tidak merasa enaknya durian,” katanya yang kelihatan ceria dan mesra sepanjang temu bual secara santai itu berlangsung.
Katanya, apabila tiba di rumah pada 17 Ogos, beliau disambut dengan penuh gembira oleh kaum keluarga dan rakan terdekat, sambil dijamu dengan nasi minyak serta pelbagai makanan lain manakala pada awal Muharam lalu, surau berdekatan rumahnya pula mengadakan kenduri kesyukuran menyambutnya pulang.
Ketika ditanya apakah yang akan dilakukan dalam masa terdekat, Ahmad yang mahir membuat perabot ketika di pnjara berkata beliau ada menerima tawaran untuk bekerja tetapi masih belum membuat keputusan kerana mahu berehat seketika, selain mahu membalas jasa keluarga terutama kakaknya yang sering memberi sokongan dan sentiasa melawatnya di pnjara walaupun terpaksa berhabis wang ringgit.
Bagi memastikan nilai positif pada dirinya terus kekal, Ahmad yang pernah meraih perhatian ramai kerana kehebatannya khatam al-Qur4n sebanyak 165 kali ketika di pnjara berkata, beliau akan meneruskan amalannya membaca al-Qur4n pada setiap hari seperti di pnjara.
“Saya benar-benar terharu atas pembebasan ini. Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong. Saya yakin apa yang berlaku ini mempunyai kaitan dengan amalan saya di pnjara, termasuk doa yang tidak putus daripada keluarga,” katanya. – BERNAMA VIA BH Online.
Reaksi warganet.
Fadhil Wan Mansur – Renungan utk diri sendiri dan kita semua…kadang mereka disebalik tirai besi lbh mulia brbanding masyarakat diluar.
Shaharuddin Mansor – Jika diberi peluang.. ..sy ingin membawa Tuan ke Masjid2 diseluruh negara utk bercerita dan menjadi motivasi kpd anak2 muda yg lain.
Muhammad Ruzaini – Selama 20 tahun tuan dipelihara dari pancaroba dunia luar..tuan hanya berdamping dengan Al-Qur4n..kita yg dekat luar ni pun tak mampu mcm tuan..semoga hidup tuan terus diberkati selalu…Amin.
Nalyeinda Adam – Orang yg luar sana xdikenakan hkuman pon blm tentu dpt khatam alqur4n sbanyak itu….itulah hikmah disebalik tirai besi…..smoga pengakhiran sisa hidup beliau mendapat rahmat Allah.
Nurul Azlinda Ramlee – Kalau kita yg duk bebas kat luar ni, nak baca 1 muka surat al-qur4n sehari pun payah..kita patut rasa malu dgn org dlm pnjara.
Selalu dgr org yg dalam pnjara ni khatam berkali2.
Abu Mte – Allah itu hebat dan maha bijaksana, sudah tentu benar d dunia luar memang agak tinggi pancaroba dan ujian berbanding d dlam penjara utk keinsafan. Semoga kita d jauhi amlan2 buruk.
Keng Lm – 20 tahun yg lalu kumpulan ini telah buat negara tercabar dengan tindak kec4m mereka..Hinggakan Troper Metthew anak mendan terkoban dengan Seorg lagi anggota Bngsa ind1a ditemb4k m4ti kerana dis3ksa untuk b0corkan maklumat rhsia Ngara..jadi sekarang Pakcik dah keluar.
Disini saya minta pakcik Doakan semoga r0h saudara kami tenang dan aman..jangan ulang pekara yg tidak baik..jangan masuk sebarang kumpulan yg ses4t dari ajaran.
Mulakan hidup baru..yg sudah berlaku barangkali tidak dapat diterima oleh ahli keluarga mereka..kerana sumpah taat setia kepada Raja dan Negara.
Yg tercinta ini..mereka sanggup buat apa saja demi keamanan Negara..tuhan memberakati..Aaminn.
Semuga Allah merahmati Tuan.
Sumber: BHOnline