Hidup selama 30 tahun dengan hanya merangkak. Bayangkan sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita berasa sebak dan mulai mensyukuri segala nikmat yang Allah S.W.T telah berikan kepada kita.
Namun, itulah realiti yang terpaksa dihadapi oleh seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Norazlinda Deraman yang berusia 30 tahun ini. Baginya, ia merupakan satu kelebihan dan keistimewa4n buat dirinya kerana dengannya, dia lebih menghargai kehidupan.
Derita yang dialaminya bermula sedari kelahirannya lagi kerana dia telah disahkan lumpuh kedua-dua kakinya sebaik sahaja dilahirkan. Sekarang, dia menjalani kehidupan bersama-sama dengan seorang anak perempuan yang berusia 8 tahun.
BERH3NTI SEKOLAH KERANA TIDAK TAHAN DI3JEK
Kita yang serba sempurna pun akan mudah terasa hati dan d0wn andai di3jek, bagaimana pula perasaan Puan Norazlinda ini tatkala diejek disebabkan oleh kekurangan dirinya ini. Ia sekaligus menyebabkan dirinya berhenti sekolah ketika darjah satu.
Dia juga banyak menghabiskan masa di rumah dan tidak pernah bekerja disebabkan oleh kurangnya keyakinan diri.
“Sejujurnya, saya tiada keyakinan diri dan lebih selesa berada di rumah menghabiskan masa bersama anak, Nur Amalina Mohd Faizal, yang berusia lapan tahun. Jika ada sebarang majlis di sekolah anak juga, ibu atau kakak yang banyak mewakili saya.
VIDE0 :
https://www.youtube.com/watch?v=r0T0vjVjKos
“Saya bersyukur kerana dapat menumpang kasih dan berteduh di rumah ibu, Che Hasnah Awang, 61, selepas bercerai dengan suami pada tahun 2016, tidak cukup dengan itu, ibu turut menyediakan dapur asing yang memudahkan saya untuk memasak sendiri.
“Disebabkan saya hanya mampu merangkak, ada sahaja rasa sakit dan lenguh di bahagian lengan serta seluruh badan mungkin kerana terpaksa menampung badan setiap kali bergerak,” katanya ketika ditemui selepas menerima lawatan wakil Yayaysan Raja Shamri (YRS) di rumahnya di Kampung Padang Kijang, di sini, baru-baru ini.
SUMBANGAN UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN SEHARIAN
Wakil YRS yang berkunjung pada ketika itu, Tuan Zaimah Raja Omar telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk kewangan, pek makanan, telekung dan memberi kata-kata semangat kepada Norazlinda.
Puan Norazlinda juga ada berkongsi bahawa sebelum ini dia hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan selain menumpang rezeki ibunya untuk makan dan minum di rumah.
ANAK MEMAHAMI KEKURANGAN DIRI
Allah S.W.T tidak kejam. Dalam setiap kesusahan kita, dia akan hadirkan kesenangan dalam bentuk yang berbeza. Buat Puan Norazlina, rezekinya adalah dia dikurniakan anak yang sangat memahami walaupun masih kecil.
“Setiap bulan, saya akan menabung sebanyak RM50 sebulan, sebagai simpanan kecemasan jika anak sakit atau demam. Saya cukup bersyukur kerana anak memahami kekurangan yang ada pada saya dan tidak pernah sesekali merungut malah banyak membantu memudahkan kerja saya di rumah.
“Besar harapan saya untuk pastikan Nur Amalina belajar bersungguh-sungguh dan menjadi insan yang berjaya agar dapat membantu mengubah kehidupan kami sekeluarga dan paling penting supaya dia tidak perlu lagi hidup dalam ked4ifan.
“Tak banyak yang saya tahu mengenai dunia luar, malah tidak pernah sekali pun saya keluar dari negeri Kelantan tapi bernasib baik kerana ada kemudahan Internet di telef0n yang membolehkan saya tahu mengenai isu semasa,” katanya yang juga menghidap penyakit asma.
Anak ketiga daripada empat adik beradik itu berkata, dia hanya keluar ke klinik berdekatan untuk mendapat ubat dan terpaksa membiasakan diri dengan pandangan orang ramai yang memandang fiz1kalnya itu.
WARGANET MEMBERIKAN SEMANGA
Rata-rata warg4net memberikan kata-kata semangat buat Puan Norazlina supaya terus kuat untuk menghadapi ujian hidup.
BACA JUGA : “Kalau Tak De Mereka, K0yak Juga” Bapa Tunggal Urus Anak 6 Orang Sendiri, Sebak Raya Pertama Tanpa Isteri Di Sisi
Ada juga yang kagum dengan tindakan Puan Norazlina yang tidak lupa untuk menabung untuk kecemasan. Bagi mereka, tindakan ini harus dilakukan oleh semua ind1vidu.
Ramai juga yang ingin menghulurkan sumb4ngan dan meminta supaya ada dikongsikan n0mbor akaun Puan Norazlina.
Semoga segala jasa baik setiap pihak yang sudah dan bakal menghulurkan bantuan dipermudahkan urusan mereka. Tidak dilupakan juga supaya perjalanan hidup Puan Norazlina sekeluarga juga akan semakin dipermudahkan.