Ada ‘Benda’ Bergerak Dalam Perut ,Wanita Sangka Diri Mengandung Terkejut Bila Scan Rupanya ‘Org Mengantar’.

Disangka Mengandung,Wanita Terkejut Bila Scan Rupanya…

Setiap wanita sudah semestinya menginginkan cahaya mata dalam hidup mereka terutama bagi mereka yang sudah berkahwin. Tetapi kali lain pula jadinya terhadap seorang wanita ini apabila dia menyangka dirinya hamil tetapi selepas diperiksa keputusannya adalah negatif.

Pengalaman pahit itu dikongsikan oleh seorang wanita menerusi beberapa video yang dimuat naik di akaun TikToknya.

Menurut wanita yang dikenali dengan nama Fathia ini, pada awalnya dia menyangka dirinya hamil selepas terasa ada sesuatu ‘bergerak’ di dalam perutnya. Oleh itu, dia membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan di hospital.

Terasa benda bergerak-gerak dalam perut
Malah, dia juga pernah melakukan scan buat pertama kalinya dan doktor memaklumkan dirinya hamil kerana dari mata kasar ianya nampak seperti ‘bayi’ tetapi ternyata bukan.

Lebih mengejutkan apabila wanita itu mendapati rupa-rupanya hasil scan menunjukkan terdapat empat ekor anak ular yang ‘bersembunyi’ di dalam rahimnya.

 

Tidak terhenti di situ, wanita ini berkali-kali membuat pemeriksaan termasuklah melakukan ujian air kencing tetapi keputusannya masih sama iaitu negatif.

Namun selepas anak ular bersama sarangnya sudah dikeluarkan, wanita ini sekali lagi melakukan scan. Pada waktu itu, doktor memaklumkan dalam rahim wanita itu sudah ‘kosong’ dan tidak ada apa-apa.

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengakui sudah menderita hampir 10 tahun angkara disihir oleh individu yang dengki dengan perniagaannya.

Menurut wanita ini, penyakitnya itu agak sukar diubati kerana penghantar sihir tersebut mengamalkan cara pemujaan. Difahamkan, wanita ini masih ikhtiar menggunakan cara perubatan tradisional dan moden untuk menyembuhkan penyakitnya itu.

Sumber: Nor Fatihah

Leave a Reply

Your email address will not be published.