Pernahkah anda mendengar terdapat satu pulau cantik yang agak terbiar dan kelihatan amat menakotkan? Biarpun agak sukar untuk kita percay4 tetapi pulau ini sebenarnya wujud dan ia adalah merupakan sebuah pulau yang sangat cantik sebenarnya.
Pulau Battleship Island atau dalam bahasa Jepun disebut Gunkanjima merupakan sebuah bandar usang yang terletak ditengah lautan. Nama sebenar pulau ini adalah Hashima berjarak kira-kira satu jam perjalanan dari pantai barat Nagasaki. Terdapat dinding konkrit setinggi 12 meter dari paras laut mengelilingi pulau yang berbentuk menyerupai sebuah kapal.
Tempat pada mulanya ini hanyalah kawasan lombong arang batu. Oleh kerana disebabkan perjalanan ulang-alik dari tanah besar agak jauh, pulau ini kemudiannya telah dijadikan penempatan pelombong bersama keluarga masing-masing dari tahun 1950 hingga 1974.
Pada tahun 1960-an, yakni merupakan tahun paling padat penduduk kira-kira 5,000 orang pulau ini telah dibangunkan menjadikan sebuah bandar. Hampir kesemua kemudahan diwujudkan di pulau ini seperti pelbagai jenis kedai, restoran, sekolah, pawagam, hospital dan terdapat beberapa kolam renang.
Pada tahun 1974 iaitu beberapa tahun kemudiannya, Pulau yang telah menjadi bandar ini telah ditutup apabila permintaan terhadap arang batu merosot disebabkan banyak permintaan minyak Petroleum mengambil alih sebagai bahan bakar. Kesemua pelombong arang batu dan keluarga mereka telah berpindah ke bandar-bandar yang lebih besar untuk mencari pekerjaan lain.
Sejak darpada perkara itu, pulau Hashima menjadi sebuah pulau yang tidak berpenghuni untuk tempoh beberapa dekad. Dalam tempoh itu tiada siapa yang mengunjungi pulan ini, mungkin disebabkan tempat ini terdedah dan berbahaya, seringkali dilanda taufan dan ribut sehingga kewujudan pulau ini seakan telah dilupakan. Kelihatan agak terbiar dan menakutkan serta sangat sunyi memandangkan sudah tiada sesiapa pun yang mendiami pulau itu.
Pulau Hashima kembalimendapat perhatian pada tahun 2008 apabila sebuah organisasi telah mencadangkan, pulau ini diwartakan salah satu warisan dunia UNESCO.
Pulau Hashima semakin terkenal apabila dijadikan salah satu lokasi pengambaran filem terkenal Skyfall siri James Bond 007. Bayangkan sahaja sesudah sekian lama terbiar, dengan tiba-tiba sahaja Pulau ini menjadi terkenal di pelosok dunia hanya kerana menjadi pilihan pembikinan filem yang mempunyai pengaruh kepopularitian yang amat kuat. Jadi sudah tentu pulau ini akan segar kembali.
Pulau ini kemudian dibuka kepada umum Pada tahun 2009 bagi tujuan pelancongan dan ramai pelawat mula mengunjunginya. Walaupun begitu, tidak ada banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan di pulau ini. Pengunjung hanya dapat mengamati runtuhan-runtuhan bangunan dalam persekitaran yang menakutkan.
Bagaimanapun, bagi pengunjung yang datang cari kelainan, mungkin tempat ini sesuai bagi mereka. Banyak harta benda dan kelengkapan masih terdapat di sini yang ditinggalkan penduduknya. Selepas Pulau ini dibuka kepada umum atas tujuan pelancongan, ciri-ciri keselamatan dipasang untuk kemudahan pelancongan.