Ada Rantai leher Mungkin Dia Tersesat… Persoalannya Cmne sampai ke lebuhraya??… Nasib baik ada yg baik hati selamatkan….

Pernahkah anda terjumpa dimana2 ketika sedang berjalan2 atau semasa duduk minum di kedai mamak tiba2 ternampak seekor kucing cantik yang ada rantai leher yang cantik berjalan2 seperti dalam ketakutan? Ia mungkin kucing yang terlepas dan tidak tahu jalan pulang. Atau mungkin juga tengah mencari jalan pulang. Sebab kebiasaannya kalau kucing rumah yang terlepas keluar akan rasa takut2 apabila berada dikawasan yang tidak pernah diterokainya.

Perkongsian video daripada seorang pengguna fesbuk ini amat membuatkan orang ramai terharu. Mana tidaknya,… beberapa orang pemuda bermotorsikal ini ternampak seekor kucing yang seakan sesat dan risau jika kucing itu terlanggar. Lalu mereka sanggup mencari kucing tersebut sampai dapat & mengambilnya dari lebuhraya tersebut. Amat mulia hati pemuda tersebut kerana tidak membiarkan kucing tersebut begitu sahaja terkapai kapai tanpa arah ditengah tengah lebuhraya.

Kapsyen video , Sungguh mulia hati mereka ini. Sanggup berhentikan kereta untuk selamatkan kucing yang sesat di lebuh raya kerana risau dilanggar oleh kenderaan lain.

Post Berkaitan

Leave a Reply