Adakah Makhluk Asing Dah Singgah Bumi Sebab Banyaknya Penampakan UFO, Benar Atau Palsu? Wallahualam

Washington РAdakah Makhluk asing atau Alien itu wujud? Dan kalaulah ia wujud, adakah ia sudah singgah ke Bumi? Pertanyaan ini di Amerika Serikat, sedang hangat diperbincangkan atas sebab penampakan beberapa objek yang  mungkin kelihatan seakan akan UFO. Apa kata Ilmuan dunia tentang ini?

Tak kurang yang Presiden Barack Obama sendiri juga keliru samada UFO dan alien benar-benar wujud diluar angkasa lepas. “Saya serius, terdapat video dan rakaman objek di angkasa yang kita tidak tahu pasti apakah mereka itu,” sebut Obama.

Gambar : Penampakan benda seakan piring terbang yang diduga sebagai UFO dilihat di Irlandia Utara.

“Kita tidak mampu nak menjelaskan bagaimana pergerakan mereka, susuk kewujudan mereka. Mereka tidak punya pola yang dapat dijelaskan dan saya ingat orang akan menganggapnya secara serius, sekaligus cuba menyiasat,” Jelas Barack Obama.

Bahkan terdapat beberapa pendapat di Senat AS tentang penemuan pemerintah mengenai UFO dimana pemerintah AS tidak menemukan bukti kuat bahwa UFO itu merupakan pesawat alien, akan tetapi tidak dapat mencapai kesimpulan yang benar lagi tepat.

Beberapa ilmuwan setuju UFO cenderung adalah bukan alien yang mengunjungi Bumi, namun mereka menyebut alien berkemungkinan wujud. Bagaimana tu? Kenyataan ini membuat kita agak pening disitu. “Kebanyakan ahli astronomi berfkir bahwa terdapat kehidupan hidup di suatu tempat di alam semesta. Jika ia betul betul wujud, bagaimankah umumnya cara kehidupan mereka samada pintar atau sangat pintar?” kata pakar astrofisika Universiy of Manchester, Christopher Conselice.

Gambar : Imej UFO dirakam Jabatan Pertahanan AS

Beberapa pilot militer AS juga menyatakan kesaksian mereka bahawa mereka telah melihat UFO terbang dalam kepantasan atau pergerakan yang tidak masuk hukum akal. Cuba anda sendiri bayangkan, boleh? Mestilah boleh tetapi adakah ia logik? Mungkin ya mungkin tidak. Namun sebagian ilmuwan tetap belum yakin itu adalah pesawat alien.

“Laporan soal fenomena angkasa yang tidak dikenali dan asing dimata dan minda kita sangat penting kerana kesemua sumber dan cerita ini diperhatikan oleh manusia dimuka bumi. Tapi sangat tidak mungkin, bahawa itu adalah alien yang mengunjungi Bumi, walaupun itu merupakan teori paling menarik,” kata Conselice.

Sebahagian daripada UFO itu di kemudian hari terbukti sebagai fenomena alam di atmosfera. Betul Ke? Mungkin betul dan mereka yang tidak percaya adanya Alien kemungkinan akan setuju dengan alasan ini. Jack Singal dari University of Richmond bersetuju agar semua orang tetap mempunyai rasa skeptikal terhadap UFO walaupun kewujudan UFO itu mungkin tidak dapat dijelaskan secara final.

“Dizaman sekarang yang dipenuhi perisian dan alatan serba canggih,¬† video dan foto mampu diedit dan dapat menyebar di media sosial seperti kilat. Hanya kerana jika kita nampak sesuatu yang agak aneh di langit, bukan bererti ia adalah asalnya dari planet lain,” kata Jack.

Namun seperti dinyatakan, ramai ilmuwan termasuk lembaga antariks NASA gigih mencari kewujudan alien ini. Mereka tidak hanya bergantung kepada penampakan UFO secara mata kasar tetapi mewujudkankan teleskop canggih untuk mencari exoplanet yang mungkin menunjukkan terdapat tanda-tanda kehidupan diluar angkasa lepas atau planet lain selain bumi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.