Nampak Macam Baka Biasa je kalau kat Barat, Tapi apa Yang Membuatkan Dia Jadi Kucing “KAYANGAN”

Kalau dulu hanya manusia sahaja yang diiktiraf mempunyai kekayaan sekiranya mereka mempunyai banyak harta. Mereka ini selalunya dipandang tinggi oleh masyarakat hanya kerana kekayaan yang dimiliki jika bukan kerana sesuatu kebaikan yang mereka lakukan jika ada pun. Nama mereka juga akan gah diperkatakan dimana-mana oleh orang-orang yang mengenali mereka. Dengan kata lain, mereka akan jadi terkenal, bukan terkenal sebagai selebriti tetapi terkenal sebagai sosialite.

Biasa kita dengar kisah orang terkaya, tapi bagaimana jika kisah haiwan peliharaan pula yang terkaya? Pasti susah nak percaya jika seekor haiwan peliharaan boleh bergelar jutawan. Kan? Pernah terfikir tak?

Tetapi Itulah hakikatnya, kekayaaan haiwan peliharaan ini melampaui kekayaan beberapa orang usahawan di Malaysia. Apa yang Lebih mengejutkan kekayaan haiwan tersebut melebihi jutaan ringgit.

Kalau tengok, nampak macam kucing biasa je kalau tak kenal. Tapi siapa sangka, jutawan kucing yang dikatakan ini ialah CHOUPETTE, iaitu kucing baka Burma yang mewarisi kekayaan yang ditinggalkan oleh tuannya iaitu pereka fesyen Karl Lagefeld bernilai RM815 juta. Rasanya harta ini masih lagi boleh bertahan dan tidak habis dengan beratus-ratus malah berjuta-juta keturunan choupette.

Setelah kemati4n Lagefeld yang merupakan Pengarah Kreatif jenama mewah Chanel dan Fendi, Choupette dianggap kucing yang paling kaya. Choupette telah diangkat sebagai pewaris harta yang ditinggalkan Lagerfeld dimana jika dilihat berdasarkan rekod, ianya adalah kekayaan terkumpul sepanjang hidup Lagerfeld.

Sepanjang hayat Lagerfeld, beliau tidak pernah berumah tangga. Beliau lebih selesa hidup solo. Namun Lagerfeld dikatakan mempunyai hubungan songsang selama 18 tahun dengan model Perancis, Jacques de Bascher.

Sejak kehilangan ‘temannya’ itu, Lagerfeld lebih selesa menghabiskan masanya di apartmen Reu de L’Universite, Paris dan Manhattan.Lagerfeld kemudiannya memelihara seekor kucing betina, untuk menghilangkan kesunyian hidupnya itu.

Kucing ini diperoleh oleh Lagerfeld pada Jun 2013, model Perancis, Baptiste Giabiconi telah menghadiahkan seekor kucing kepada Lagerfeld. Figura ini pernah mengatakan, dirinya sanggup berkahwin dengan Choupette jika perkahwinan itu sah!.

“Saya lebih selesa membela seekor kucing daripada mengambil anak angkat,” guraunya sambil berkata, membesarkan seorang anak akan membuat seseorang itu kelihatan berusia 100 tahun.

Untuk makluman, pereka fesyen terkemuka, Karl Lagerfeld dilaporkan meninggal dunia di kota fesyen Paris pada usia 85 tahun dan merupakan pengarah kreatif Chanel dan pernah menghasilkan koleksi pakaian di bawah labelnya sendiri dan jenama Fendi.

Post Berkaitan

Leave a Reply