Al0ng Sayang Papa Tak? Jawapan Budak Ni Buat Ayah Dia Sedar

Isteri saya balik lambat kerja hari ini. Katanya dokt0r pakar yang pusing w4d kali ini jenis suka bersembang. Dia yang sar4t meng4ndung terpaksalah ikut mendengar sambil terkantuk-k4ntuk. Yelah dari malam tadi tak sempat tidur.

Walau bagaimanapun terdapat satu cerita yang dia dengar dengan teliti.

“Budak budak ni tak boleh nak berkas4r. Hal ini terjadi kepada saya. Kisahnya, saya dulu suka pvk0l anak saya. Salah sikit saya pvkul. Salah itu saya pukvl. Mak mentua saya melihat perbuatan saya itu. Dia menegur jangan pukvl k3pala anak. Tak baik. Nanti anak jadi b0d0h.

Dengan sin!s saya menjawab, “Biar b0d0h tapi jangan kurang ajar.”
Mak mentua saya diam terasa.

Akibat anak lelaki saya itu terlalu n4kal, saya mengadu kepada ibu saya.

“Anak kau tu satu pertiga n4kal daripada kau dulu,” komen ibu saya.

Saya ters3ntak. “Satu per tiga? Maksudnya saya lebih n4kal daripada cucunya? Macam mana mak saya kaw4l saya dulu?”
Saya diam. Balik tu saya tanya anak saya.

“Al0ng sayang papa tak?”

Dengan pantas dia menjawab, “Tak.”

Saya terdiam. “Kenapa?”

“Sebab papa suka pvkul bont0t.”

Saya menelan air liur. Saya tahu kanak-kanak tidak pandai berboh0ng. Apa yang keluar dari mvlut mereka hanyalah kata-kata kejujuran.

Semenjak dari peristiwa itu, saya mula belajar menurunkan eg0 saya. Memang sukar pada awalnya. Tangan ni asyik nak 4ngkat je bila anak buat salah.Apabila ada je anak saya buat salah, saya terus keluar rumah. Kalau tak tahan juga, saya terus pandu kereta keluar. Saya kekal istiqamah turunkan eg0 saya.

Dulu saya tahu mendidik anak dengan pel3mpang sahaja. Mana taknya, ayah saya g4rang. Dia mendidik saya begitu. Tetapi itulah. Yang dianggap betul tak semestinya betul.

Di samping itu saya mula belajar cara mendidik anak dengan betul. Saya mula membaca buku-buku pendidikan kanak-kanak.

Pada suatu hari saya lihat anak saya bermain di ruang tamu. Saya bertanya soalan sama seperti dua tahun lepas. “Al0ng sayang papa tak?”

Dia ralit bermain lego. Muka pol0s itu kejap kejap memandang saya. Saya menunggu jawapannya.

“Sayang.” jawabnya ringkas. Terus bermain lego.

Allah. Mata saya berk4ca. Perkataan yang seorang ayah menantikan daripada seorang anak yang dikasihinya.

Jadi, kesimpulannya mendidik an4k ada caranya. Bukan dengan m4ki h4mun mahupun tangan dan kaki. Sayangilah anak-anak kita.

Post Berkaitan

Leave a Reply