Terlalu Suka Sangat Ketawa Terbahak-bahak, Ini Akibatnya Wanita Lalui Detik Cemas Rahang Terkehel Hingga Mulut Tak Boleh Ditutup

Seorang wanita mengalami saat-saat mencemaskan selepas dia tidak dapat menutupkan mulutnya.

Kejadian berlaku setelah tulang rahang terkehel disebabkan oleh ketawa terlampau kuat.

Menurut laporan berita tempatan, kejadian itu berlaku di dalam sebuah kereta api yang sedang dalam perjalanan ke utara.

M4ngsa bernasib baik kerana ketika itu terdapat seorang d0ktor di dalam kereta api yang kemudian membantunya.

D0ktor tersebut pada mulanya sukar untuk membantu m4ngsa kerana perkara tersebut di luar bidangnya.

“Saya bergegas ke arah wanita dan mendapati wanita itu tidak dapat untuk bercakap serta tidak dapat untuk menutupkan mulutnya”

“Pada mulanya saya menganggap bahawa wanita itu mengalami strok, tetapi setelah dibuat pemeriksaan, wanita itu sama sekali tidak mengalami strok”, kata d0kter tersebut.

Percubaan pertama telah gagal untuk membetulkan rahang m4ngsa namun setelah cubaan kedua dibuat, rahang wanita itu telah berjaya kembali ke posisi asalnya.

M4ngsa ada menyatakan bahawa perkara itu bukan kali pertama terjadi kepadanya, sebelum ini tulang rahangnya pernah terkehel ketika munt4h semasa mengandung.

 

Post Berkaitan

Leave a Reply