Aku penat laaa, Tarik aku boleh takkk,..Punya lah pemalas Si puteh nie nak jalan, Kesian si kawan yang tarik dia…

Kepada sesiapa yang memiliki kucing di rumah, anda sudah pasti akan setuju jika dikatakan haiwan ini sebenarnya banyak ragam dan kerenahnya. Ada lucu, manja, garanh, sinis, pemalas, agresif, aktif dan lain-lain. Saban ketika ada sahaja perkara yang dilakukan mereka sehingga membuatkan kita geram melihatnya.Apa yang paling menggeramkan kita ialah apabila melihat wajah dan reaksi kucing yang seolah-olah meniru reaksi orang di sekelilingnya. Seolah-olah ada sesuatu yang sedang mereka fikirkan, ada pula yang menunjukkan wajah penuh curiga umpama ada muslihat tersembunyi.

Tetapi, haiwan comel ini juga terkadang suka berlagak ‘innocent’ seolah-olah mereka tidak tahu apa-apa sedangkan mereka tahu apa yang mereka lakukan adalah sebuah kesalahan. 

Satu perkongsian video daripada seorang pengguna fesbuk ini amat lucu. Video menunjukkan seekor kucing telah menarik kawan kucingnya yang seakan-akan malas mahu berjalan, jadi dia terpaksa menariknya. Amboi2… dah ada assistant dah dia kalau malas nak berjalan ya….

Memang pemalas ke atau saje nak dera kawan tu kucing oiiiiii…. hahahaha….. antara komen netizen…

Post Berkaitan

Leave a Reply