Ikan Mola alexandrini gergasi yg tersangkut di jaring Buat Saintis terkejut…

Saintis terkejut ikan Mola alexandrini gerg4si,1,995 kg tersangkuut di jaring

Sekumpulan pengkaji dan peminat ikan Mola mola terkejut selepas mendapati ikan seberat 1,995 kilogram itu tersangkuut di jaring bot nelayan ikan tuna di pesisir pantai Ceuta, Afrika Utara.

Ketua Makmal Biologi Marin, Universiti of Seville, Ceuta. Enrique Ostale, berkata ikan yang dianggarkan seberat 1,995 kilogram (kg) itu sepanjang 3.2 meter panjang dan 2.9 meter lebar.

Memandangkan kulitnya yang berwarna kelabu gelap dan alur bulat di sisinya, Ostale berpendapat ia adalah dari spesies Mola alexandrini.

Sementara itu menurut ahli biologi marin, Akademi Sains California, Dr Tierney Thys, Mola alexandrini adalah antara keanehan sebenar di lautan.

Jelas Thys, Mola alexandrini yang ditemui di Ceuta itu dianggarkan berusia 20 tahun dan berkemungkinan betina, memandangkan ikan jantan bersaiz lebih dua meter tidak pernah ditemui.

Mola mola paling berat di dunia pernah direkodkan di Jepun dengan panjang 272 sm dan berat lebih 2,300kg. Spesimen terpanjang yang pernah direkodkan adalah 332 sm namun tidak diketahui berat rasminya.

Mola alexandrini lazimnya bertelur di kawasan cetek seperti lokasi di mana ia ditemui di Ceuta.

Menurut Thys, bidang kajian mola mola sangat aktif dan spesies yang dikenali sebagai Mola tecta pernah dikesan beberapa tahun lalu.

Walaupun pengkaji tidak pasti berapa lama Mola alexandrini mampu bertahan selepas terperangkap di jaring, Thys bersyukur ikan itu dapat kembali dengan selamat ke laut.

Post Berkaitan

Leave a Reply