Aku prom0te bisnes lipat baju dalam group, ramai h1na siap gelak2. Sekarang income aku dah mampu nak makan sedap

Aku sebagai surirumah ni selalu down sangat bila terp4ksa buat kerja yang sama hari – hari, takde kawan, takde duit. Suami bagi duit tapi takkan nak minta banyak. Pikir punye pikir, sudahnya aku tak tahan dah. Aku kena jugak buat sesuatu untuk diri aku. Jadi dari situlah aku start buat servis lipat baju ni..

Hai, aku merupakan seorang suri bisnes. Dulu aku pon surirumah seperti korang, tapi sekarang aku bertukar menjadi suri bisnes. Alhamdulillah rezeki semuanya cukup walaupon suami aku kerja seorang.

Bukan kerana aku mahu mengejar harta dunia tapi aku tahu dan aku sangat yakin dengan diri aku, bahawa aku mampu berjaya. Berjaya yang bagaimana baru dik4tegorikan sebagai berjaya? Ada orang dia anggap berjaya apabila dia sudah dapat memb3li rumah, kereta dan sebagainya.

Tapi ade jugak orang yang anggap duit yang banyak, berpangkat Dato baru dianggap berjaya. Terpulang pada pilihan masing – masinglah, kerana yang kenal diri kita hanyalah kita. Jadi berbalik pada kisah aku tadi, aku seorang yang sangat positive.

Jarang untuk berkata tidak pada apa – apa perkara walaupon perkara tu tak mungkin dapat. Aku akan cuba buat dulu. Jadi ke tak jadi ke, itu cerita lain. Dan dulu aku pon sama seperti korang yang cuma jaga anak di rumah tanpa buat bisnes.

Pernah jugak terfikir untuk buat bisnes tapi risau anak tak cukup kasih sayang memandangkan suami aku kerja setiap hari. Kadang – kadang balik 3 pagi. Tapi kalau lewat sangat, biasenya dia terus tidur dalam kereta dan esoknya kerja macam biase.

Mengenangkan kerja suami aku yang sebegitu, aku tak buat apa – apa bisnes. Sampailah satu hari, lepas aku bersalinkan anak aku yang kedua, aku cakap kat suami aku, aku nak buat bisnes. Tapi bisnes aku tak gah. Sangat – sangat tak gah dan orang mungkin akan perlekehkan sebab tu aku minta izin suami aku dulu.

Aku takut orang gelakkan dia dan cakap yang dia tak mampu nak sara isteri. Tapi suami aku cakap, buat jela. Takpe, dia tak kisah pandangan orang kat dia sebab hanya kita yang tahu diri kita. Jadi start dari situ la aku mula iklankan dalam group taman, group lorong, dan sebagainya.

Masa mula – mula iklankan tu, banyak je yang komen “lahh lipat baju pon jadi bisnes” tu belum ade em0ji gelak dekat posting. Tapi aku tetap positive. Takpela aku buat benda baik bukan buat jahat, aku iklankan sebab aku tahu, ramai ibu – ibu yang bekerja tak sempat nak lipat baju.

Setiap hari tanpa henti aku iklankan sampai laa orang jemu. Aku tak akan berhenti selagi aku tak buktikan yang aku mampu. Dari seorang jadi dua orang seterusnye dah ade lebih kurang 37 orang pelanggan tetap termasuk pelanggan yang lain dan income aku lebih dari 2k sebulan, alhamdulillah untuk rezeki tu.

Kadang – kadang, orang dari jauh yang hantar baju. Siap pakai lalamove hantar. Dan daripada aku buat seorang, sekarang kami dah ade team sendiri. Yang bantu suri – suri buat income lipat dan iron baju dari rumah tanpa perlu keluarkan modal dari daerah, dan negeri berlainan.

Tak reti takpe, aku akan ajar.. Aku tahu, aku tak akan mampu nak lipat baju satu malaysia ni. Takpe kita kongsi rezeki, kita kongsi ilmu sama – sama. Sehari demi sehari ramai yang mula bertanyakan tentang cara, video lipat baju, cara kira h4rga.

Dan ye, ramai suri – suri yang nak ade duit sendiri bukan? Walaupon kalau suami bagi upah RM50 sebulan pon dah rasa happy sangat dah. Itulah tujuan aku, walaupon dapat tak banyak, tapi kita usaha. Kita jadi kreatif dengan cara cari duit tanpa perlu keluarkan modal.

Puas hati rasanya dapat b3li barang guna duit yang kita hasilkan. Sebab tu kadang – kadang benda tu kita tengok macam tak logik. Tapi bila kita dah nampak jalan tu, teruskan buat. Ingat ye, peluang datang sekali, terpulang pada kita samada nak manfaatkan peluang tu atau biarkan ia hanyut.

Jangan biarkan hidup kita terus berfikir tanpa tujuan dan arah. Aku tak baik sangat, tapi aku tak suka orang yang pandang rendah dekat surirumah. Aku tak suka tengok surirumah down. Please, tolong jadi positive. Tolong ikhtiar untuk jadi orang yang bagi manfaat kepada orang lain. Ayuhh bangkit surirumah! – Madam (Bukan nama sebenar)

———————————————————

Sambungan.. Assalamualaikum, hai semua.. Tak payah nak mukadimah panjang – panjang la eh, terus masuk point kita. Hari tu confession macam formal sangat, so kali ni kita tulis macam borak dengan member jela, baru feeling sikit.. hahaha

Hmm mesti ramai yang pelik kenapa la aku nak sangat tolong surirumah ni jana income. Padahal bukan kenal pon masing – masing. Saud4ra bukan, kawan – bukan, memang 100 peratus orang luar yang join team aku. Jadi kenapa eh aku beria nak tolong? Korang agak – agak kenapa?

Jujur, aku sebagai surirumah ni kadang – kadang down sangat bila terp4ksa buat kerja yang sama hari – hari, takde kawan tu satu hal dah, takde duit pon satu hal jugak. Ehh jangan salah paham, bukan suami tak bagi duit, ada dia bagi, tapi kita pon paham.

Takkan nak mintak banyak – banyak. Dia pon banyak komitmen lain nak bayar. Satu lagi, bila dah biasa ada duit sendiri ni, dia macam rasa tak bergunanya la hidup aku. Belajar pastu kahwin, pastu duduk rumah jaga anak, memasak, tunggu suami balik kerja.

Ehh ya Allah, memang laa tu semua pahala tapi, macam ade benda dalam diri ni tak lepas. Pikir punye pikir, sudahnya aku tak tahan dah, aku kena jugak buat sesuatu untuk diri aku. Jadi dari situ laa aku start buat servis ni.

Kemudian lepas sorang – sorang tertarik nak buat sama dan wujud lah team ini. Majority yang buat ni semua surirumah, yang bekerja dan student ade jugak yang buat tapi tak ramai sebab focus aku memang nak ajak surirumah, ibu tunggal yang buat servis ni.

Mula – mula memang ramai yang down, satu sebab suami tak support, kedua bila suami dah support, orang sekeliling pulak gelakkan. Jadi diorang malu nak iklankn. Dan orang setempat pon tak tahu yang wujudnya servis ni.

Jadinye dalam kes ni suami kena mainkan peranan untuk support minat isteri. Kadang – kadang bukan sebab diorang buat untuk duit, tapi nak kawan. Masyarakat pon kena support, bukan diorang mintak duit saja – saja, diorang usaha untuk cari duit.

Benda kecik macam ni pon kadang – kadang boleh downkan seseorang. Ade yang cakap, ramai je dah buat sebelum ni. Memang, memang ramai pon dah buat sebelum ni, tapi secara individu, bukan ade team macam kami.

Bila wujudya team, menyenangkan lagi customer dan team. Masing – masing boleh berkongsi ilmu, masalah pasal job dan sebagainya. Secara autom4tik, aura positive tu muncul.. Yess! Memang kami bertanding dalam group, siapa lipat lagi kemas, siapa lagi ramai customer, siapa gosok baju paling lawa.

Memang kami bertanding, tapi kami jugak tak kisah kalau ada 2/3 orang yang buat servis yang sama. Its ok! Rezeki masing – masing, bukan kita je nak pakai duit, orang lain pon nak jugak. Jadi takde istilah berebut customer atau sebagainye.

Cukuplah t4rget aku, untuk yang buat servis ni. Sorang customer sehari dan income lebih kurang RM35. Lebih kurang lipat baju dlm 17.5kg sehari. Kerja rilex, anak depan mata.. income pon dapat. Ade regular customer 10 orang pon steady dah 1k sebulan.

Dah la, nak ape lagi. Itupun dah bersyukur sangat dari tak dapat apa – apa. Satu lagi yang best nye, bile busy buat kerja ni, nak membawang pon tak sempat. Selamat aku dari d0sa.. hahahahaha. Kita rase benda ni simple je, tapi dalam pada simple tu, banyak sangat benda besar yang bagi kesan dekat kita.

Contohnye, buat surirumah, diorang dah ade income sendiri walaupun tak banyak macam yang bekerja tapi sekurangnya, dia ade duit dia untuk caruman i-suri or untuk buat hibah atas diri sendiri. Yang kedua, buat ibu – ibu yang bekerja, hujung minggu dengan senang hati boleh luangkan masa dengan anak – anak tanpa perlu pikir pasal baju sekolah tak bergosok, tak berlipat.

Yang ketiga, untuk suami. Sebab izinkan isteri buat servis ni, secara tak langsung kadar em0si bahagia isteri meningkat. Depr3ssion pon tak sempat nak singgah, sebab diorang dah ade duit sendiri, dah boleh melaram, ade kawan yang boleh bercerita.

Senang cerita, nak makan mana pon isteri boleh bayarkan. Nampak tak sebenarnye benda yang simple pon sebenarnye bagi effect yang besar. Okay sampai situ dulu yer, nanti ade mase aku buat confession lagi. – Madam (Bukan nama sebenar)

Syarik4t dia kini bernilai jutaan ringgit. Apakata jadikan team awak ni satu syarik4t grow kan. Dan buat video di saluran YouTube setiap kali pi buat kerja kat rumah orang. Cuma rahsiakanlah rumah sape. Gunakan kuasa media sosiaI dengan positive. Banyak manfaatnya.

Dah baca, jangan lupa komen dan share ya. Terima kasih!

PERHATIAN : Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen – komen yang diberikan oleh pembaca. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis pembaca. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Post Berkaitan

Leave a Reply