Cerita Mulan dari gadis paling terdedah sana sini ke perempuan berlitup penuh.

Kalau anda nak tahu, kumpulan Ratu ditubuhkan pada tahun 1999 dan awalnya ia dianggotai oleh Maia (ketika itu merupakan isteri Ahmad Dhani) bermain keyboard dan Pinkan Mambo sebagai vokalis. Tapi, selepas itu kumpulan tersebut berhenti seketika lepas Pinkan tinggalkan Ratu. Tahun 2004, Ahmad Dhani tubuhkan semula kumpulan Ratu dengan mengekalkan isterinya Maia dan masukkan Mulan. Masa ini barulah nama Ratu melonjak naik dengan lagu Teman Tapi Mesra dan Lelaki Buaya Darat. Pernikahan Mulan dan Ahmad Dhani menjadi salah satu kontroversi selebriti terbesar selepas Mulan dituduh tikam belakang kerana merampas suami Maia manakala Dhani dituduh tak dapat tahan godaan kecantikan Mulan.

Memutuskan berhijab pada 2018 lalu, Mulan Jameela baru bercerita soal alasannya mantap berhijrah. Menurutnya semuanya bermula ketika beliau pergi ke P4lestin bersama suami iaitu Ahmad Dhani. “ Kamu kenapa sih nggak mau pake jilbab padahal mau ke M4sjidil 4qsa ” tutur Mulan Jameela dalam channel YouTube Hijrahfest Official. Ketika dalam penerbangan pulang, kapal terbang yang dinaiki Mulan dan suami mengalami masalah. Pesawat tersebut hampir jatuh dibawa angin. Mula memikirkan keadaan diri beliau yang sombong dengan Allah sedangkan dirinya dimurahkan rezeki yang banyak, membuatkan beliau ingin kembali kejalan yang diredhai Allah.

Apa yang kita boleh belajar daripada kisah hidupnya?

1. Hidayah itu milik Allah.

2. Jangan cepat menghina dan menghukum peribadi orang yang mungkin tidak sealim dan sewarak anda.

3. Iman itu boleh turun dan naik.

4. Wanita terhijab, tertutup itu lebih INDAH berbanding yang TERBUKA.

5. Lebih banyak ilmu agama dipelajari, lebih banyak keinsafan. Dia mendalami ilmu agama.

6. Pilih kawan yang menuju syurga, bukan neraka. Dia memilih untuk bersahabat pada yang membimbing dia ke syurga.

7. Hijrahnya dengan meninggalkan apa yang dia suka buat sebagai artis.

8. Beri peluang untuk sesiapa pun untuk berubah. Kesimpulannya, aurat dan wanita itu sangat memberi kesan kepada wanita islam. Jika kita takut Allah, kita ikut perintahNya. Mengapa secara logik pula wanita tertutup itu sgt indah?

Analogi:

Wanita aurat yang terbuka, ibarat gula-gula yang terbuka bungkusannya, manakala yang wanita aurat tertutup itu ibarat gula-gula yang tertutup rapi kemas. Nah! Yang mana satu pilihan anda? Yg tertutup atau terbuka? Yang mana satu kemanisannya yang tulen? Jawapannya YANG TERTUTUP. Bagi wanita yang sudah TERTUTUP iaitu menutup aurat, selalulah memperbaiki diri kita dan sahsiah kita. Bagi wanita yang masih TERBUKA, ada masa lagi untuk sama-sama perbaiki diri kita. Anda, saya dan kita semua masih ada masa untuk berubah, sebelum MATI. Dan yang terbaik adalah PAKAIAN TAQWA. Belajarlah daripada kisah hijrah seseorang, ada sesuatu yang boleh kita teladani. Fatnisyukur Lee, Kuala Lumpur. 2/12/2019

Post Berkaitan

Leave a Reply