Alahai Cutenya! Kucing gelojoh makan buah naga m4rah bila bibiknya tarik tak kasi makan.

Biasanya kucing cukup suka menikmati makanan lain yang bukan milik mereka sehingga membuatkan pemilik kucing pening dibuatnya. Macam gelagat seekor kucing ini yang menarik perhatian ramai apabila dia begitu gelojoh menikmati buah naga yang diberikan.

Bukan sahaja kelihatan melucukan malah netizen juga turut sama ‘geram’ melihat kecomelannya ini. Video tersebut juga tular dikongsikan dengan lebih 19 juta tontonan setakat ini di mana netizen turut terhibur melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang sedang menikmati buah naga yang telah siap dipotong separuh. Apa yang menarik perhatian ialah dia juga kelihatan begitu gelojoh menikmati buah itu seolah-olah sudah lama tidak makan.

Pemiliknya kemudian mula mengangkat kucing itu untuk seketika dan kelihatan mukanya yang comot dengan buah naga itu. Lebih melucukan, kucing itu juga turut membuat bunyi bising sebaik sahaja diangkat gara-gara marah sesi makannya diganggu.

Malah kucing itu berterusan membuat bunyi bising sambil berdiri apabila dia tidak dapat menyambung makan buah naga tersebut. Melihatkan reaksinya ini, netizen turut berseloroh tidak menyangka anak kucing sepertinya ini mampu bersikap agresif seperti itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat gelojoh anak kucing ini. Dalam masa yang sama, ramai yang turut cair melihat kecomelannya ini yang pandai makan buah naga mengalahkan manusia.

“Ingatkan kucing tak suka buah, tak pernah nampak kucing saya makan buah sebelum ni.”

“Kucing tu suka betul buah naga…”

“Aduhai comelnya.”

“Dia bertukar dari anak kucing jadi naga comel.”

Post Berkaitan

Leave a Reply